Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja kemahiran rendah, berusia dalam sektor penerbangan bakal manfaat geran latihan $3 juta

Jun 22, 2021 | 08:24 PM



GERAN bernilai $3 juta telah dilancarkan bagi membiaya program latihan bagi pekerja berkemahiran rendah dan pekerja berusia dalam sektor penerbangan.



Mengumumkan demikian pada Selasa, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata 3,000 pekerja termasuk pekerja pembersihan, pekerja khidmat troli, pegawai landskap, penyelaras teksi dan penghantar barang dijangka dapat memanfaatkan geran ini.



Geran Latihan Kemahiran Semula OneAviation Singapura (Soar) ini akan diperolehi daripada Pakej Daya Tahan Penerbangan yang diumumkan Disember lalu bagi mengurangkan kesan tamparan pandemik Covid-19 pada syarikat dalam sektor ini.



Ia akan membiaya latihan bagi menaik taraf kemahiran pekerja pengangkutan udara berkemahiran rendah, melanjutkan kerjaya berdaya penghasilan pekerja berusia dan menyokong kemajuan kerjaya serta mengekalkan bakat dalam sektor penerbangan ini. 



Geran ini juga akan membiaya kursus latihan berkaitan pengangkutan udara yang diusulkan pekerja atau secara kolektif menerusi kesatuan melalui jawatankuasa latihan syarikat (CTC).



NTUC akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan mapan seperti Singapore Airlines bagi menyediakan latihan dalaman di syarikat masing-masing. Pihak kesatuan pula akan bekerjasama dengan syarikat mereka menerusi CTC bagi mengenal pasti peranan atau peluang baru yang berpotensi digarap.



Ini termasuk membantu pekerja berusia beralih dari tugas mengalihkan troli kepada yang lebih berkaitan dengan jawatan perkhidmatan di lapangan terbang serta melatih pekerja agar menjalankan tugas manual kini dengan peralatan automasi.



Syarikat pula akan diberi bayaran balik hingga $100 sehari bagi latihan setiap peserta selesai sahaja setiap kursus atau program yang dijalani.



NTUC telah memberi komitmen $1.5 juta daripada Dana Pendidikan dan Latihan NTUC yang diperkenalkan pada Mac 2019 bagi menggalak keupayaan latihan syarikat berkesatuan. Syarikat sebegini boleh memanfaatkan dana tambahan hingga $50 bagi setiap pekerja setiap hari bagi tempoh yang dihadkan pada lima hari.



Kedua-dua syarikat berkesatuan dan tanpa kesatuan akan digerakkan agar pekerja mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya sokongan latihan sebagai persiapan transformasi sektor ini apabila pemulihan bermula.



Pengarah besar CAAS, Encik Kevin Shum, berkata: "Sektor penerbangan ini teruk terkena tamparan pandemik Covid-19. Geran Soar ini akan menyokong usaha berterusan mengekalkan keupayaan utama dalam sektor ini. Ini memastikan hab penerbangan Singapura mengekalkan sekumpulan bakat dan kepakaran yang utuh dalam menyokong operasi yang lancar di Lapangan Terbang Changi." 



Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Cik Cham Hui Fong, berkata pemimpin kesatuan akan mendapatkan maklum balas daripada pekerja mengenai jurang dan keperluan latihan.



"Kami percaya usaha ini penting kerana ia membenarkan pekerja mempunyai rasa memiliki terhadap keperluan latihan dan pembangunan mereka," ujarnya.



Geran Soar ini dibuka bagi semua warga dan Penduduk Tetap Singapura dalam sektor pengangkutan udara. Mereka yang berminat boleh menghubungi kesatuan mereka atau wakil sumber kemanusiaan mereka bagi keterangan lanjut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >