Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja kiriman wang selamatkan wanita tua daripada hilang $180,000

Jul 08, 2016 | 09:14 AM



TIGA kakitangan sebuah syarikat penghantaran wang dipuji polis kerana bantuan mereka dalam menggagalkan satu percubaan penipuan melalui telefon.



Kakitangan Hanshan Money Express Remittance itu - Encik Li Shu, Cik Han Guiyuan dan pengarah urusan Thng Koon Eng - menerima anugerah semangat awam dalam satu majlis di Divisyen Polis Central pada Khamis (7 Julai), umum polis dalam satu kenyataan akhbar.



Mereka melaporkan kepada polis satu kes yang disyaki mereka sebagai penipuan melalui telefon, apabila seorang wanita berusia 80 tahun hendak menghantar $180,000 ke sebuah akaun di luar Singapura pada 24 Jun.



Siasatan kemudian mendedahkan bahawa wanita tersebut menerima panggilan telefon pada 17 Jun yang mendakwa beliau mempunyai sebuah bungkusan yang menyalahi undang-undang di luar negara.



Si pemanggil kemudian menyerahkan telefon tersebut kepada seorang rakannya yang mendakwa dia pegawai polis dan mengancam wanita tua itu akan dipenjara jika beliau tidak bekerjasama.



Wanita berkenaaan kemudian diarah supaya menelefon semula pada waktu yang ditetapkan.



Dalam satu panggilan, beliau diarah pergi menemui seorang wanita lain, yang kemudian mengiringinya ke bank untuk mengeluarkan wang sebelum pergi ke Hanshan.



Di pejabat Hanshan, wanita yang mengiringi wanita tua itu mengaku dia adik beliau.



Bagaimanapun Encik Li Shu, yang melayan wanita tua itu, mengesyaki ada sesuatu tidak kena dan mula menyiasat tujuan beliau mahu menghantar wang beliau ke luar negara.



Wanita itu tidak dapat memberi alasan baik dan selepas beliau meninggalkan premis itu, Encik Li dan Cik Han menangguhkan penghantaran wang tersebut dan memberitahu Cik Thng.



Mereka kemudian menghubungi polis.



Selepas siasatan oleh pegawai Divisyen Polis Central dan dan Jabatan Ehwal Perdagangan (CAD), identiti wanita 'adik' wanita tua itu dikenal pasti dengan bantuan kakitangan Hanshan dan dia ditahan.



Wanita berusia 65 tahun itu sedang membantu siasatan, manakala wang tersebut didapatkan semula sepenuhnya dan diserahkan kembali kepada wanita tua itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >