Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pekerja Lapangan Terbang Changi diasing dalam zon berdasar risiko; pengunjung dari negara risiko amat tinggi guna pintu jauh T2

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pekerja Lapangan Terbang Changi diasing dalam zon berdasar risiko; pengunjung dari negara risiko amat tinggi guna pintu jauh T2

May 24, 2021 | 06:14 PM

CHANGI Airport Group (CAG) akan mengasingkan sekitar 14,000 pekerja Lapangan Terbang Changi kepada tiga zon berbeza dengan langkah lebih ketat diperkenalkan bagi memastikan 4,400 pekerja dalam zon berisiko tinggi dilindungi daripada jangkitan Covid-19 dan diasingkan daripada pekerja dan orang awam lain.

Langkah lain yang diambil termasuk mengurangkan risiko jangkitan termasuk menguji pekerja di zon berisiko paling tinggi lebih kerap lagi dengan menugaskan hanya pekerja lebih muda dan telah menjalani vaksinasi di zon ini di samping memastikan mereka menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang sewajarnya setiap masa.

Pengunjung dari negara sangat berisiko tinggi juga akan diiringi ke pintu pagar lapangan terbang yang jauh di Terminal 2 - yang kini ditutup bagi kerja ubah elok - bagi pemeriksaan imigresen dan kemudian langsung dibawa ke kemudahan kuarantin dari pintu pagar dengan menaiki bas, jelas CAG dalam sidang akhbar pada Isnin (24 Mei).

Langkah-langkah baru ini diperkenalkan beransur-ansur dan akan berkuat kuasa sepenuhnya apabila Terminal 1 dan 3, Lapangan Terbang Changi serta pusat beli-belah Jewel Changi, dibuka semula kepada orang awam pada penghujung tempoh kewaspadaan dipertingkat pada 13 Jun.

Ini adalah rekaan semula proses operasi lapangan terbang yang penting, kata Ketua Eksekutif CAG, Encik Lee Siow Hiang, dalam satu sidang akhbar. Ia adalah berdasarkan tanggapan bahawa kontak sementara dengan semua pengunjung yang tiba di lapangan terbang ini, yang sebelum ini dianggap berisiko rendah sebenarnya berisiko, tambahnya.

Langkah-langkah baru ini pula diambil atas dasar berjaga-jaga setelah kelompok melebihi 100 orang, kebanyakannya dijangkiti varian B1617 lebih mudah menjangkiti, terbentuk bulan ini, jelas Encik Lee lagi.

Menurutnya, CAG berpandukan nasihat terbaik. Pada masa lalu, kegiatan berpanjangan dianggap membawa risiko tinggi. Namun, keadaan sudah berubah dengan apa jua kegiatan di zon di mana pekerja berinteraksi dengan penumpang dianggap berisiko.

"Saya tidak mahu menyampaikan bagi pihak pakar (tetapi) berdasarkan pemahaman kami tentang varian B1617, ia masih lagi tersebar. Justerum kami melakukan yang terbaik yang mampu berdasarkan pengalaman operasi kami, melihat pada kemungkinannya.

"Saya harap kami terlebih melaksanakan langkah ketat ini tetapi kami merasakan tiada penyesalan melakukannya," katanya.

Langkah terkini ini datang selepas CAG menjalankan siasatan dan analisis operasi kelompok lapangan terbang itu.

Ruang pertemuan awam di lapangan terbang dianggap paling berisiko rendah (Zon 3) sementara ruang imigresen keberangkatan dan ruang transit pertengahan di lapangan terbang adalah ruang berisko lebih tinggi selanjutnya (Zon 2).

Pintu keberangkatan dan ketibaan, dewan imigresen ketibaan dan dewan pengambilan bagasi pula dianggap ruang paling berisiko tinggi (Zon 1).

Sebagai langkah berjaga-jaga, penumpang daripada negara sangat berisiko tinggi tidak akan melintasi Terminal 1 atau Terminal 3 tetapi pintu masuk terpencil di Terminal 2.

Mengenai langkah menugaskan pekerja lebih muda yang menjalani vaksinasi penuh ke Zon 1, Encik Lee berkata:

"Ini tidak bererti pekerja akan kehilangan tugasnya. Jika anda, kerana beberapa sebab tertentu, tidak boleh menjalani vaksinasi, kami percaya ada Zon 2 dan 3 yang secukupnya (untuk anda ditugaskan)."

CAG berkata ia menetapkan sasaran mendapatkan lebih 90 peratus pekerja Zon 2 dan 3 agar menjalani vaksinasi dalam minggu-minggu mendatang.

Menurut Encik Lee, lebih 90 peratus pekerja barisan hadapan di lapangan terbang itu sudah menerima suntikan vaksin penuh sementara kadar vaksinasi dalam kalangan pekerja lapangan terbang awam ialah tinggi sekitar 80-an peratus.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3