Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Pekerja logistik meninggal dunia setelah terjatuh di pusat beli-belah Century Square

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pekerja logistik meninggal dunia setelah terjatuh di pusat beli-belah Century Square

Aug 24, 2021 | 06:13 PM

SINGAPURA - Seorang pekerja logistik Singapura berusia 74 tahun meninggal dunia setelah terjatuh dari pelantar yang tinggi di ruang memunggah pusat beli-belah Century Square di Tampines.

Kemalangan maut itu berlaku pada 13 Ogos.

Lelaki itu sedang menarik troli ke belakang di ruang memunggah apabila beliau  jatuh dari ruang terbuka platform setinggi 1m di sebelah tanjakan.

Beliau mungkin tersilap memasuki ruang terbuka platform bertingkat dan bukannya tanjakan, kata Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) dalam buletin pada hari Isnin (23 Ogos).

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkatakan pekerja itu, yang ditugaskan oleh AST Logistics, dibawa ke Hospital Umum Changi, di mana beliau meninggal kerana cedera pada keesokan harinya.

Siasatan sedang dijalankan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3