Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja, majikan mahu aturan kerja fleksibel jadi ciri tetap

May 10, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN langkah pengurusan selamat Covid-19 di tempat kerja terus berkurangan seiring keadaan koronavirus itu, aturan kerja fleksibel yang diperkenal sebagai langkah segera bagi melindungi kesihatan awam diminta dijadikan ciri tetap oleh ramai pekerja.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, berkata di Parlimen semalam bahawa tinjauan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan kebanyakan majikan berminat meneruskan aturan kerja fleksibel meskipun setelah pandemik ini berakhir.



Ini memandangkan terdapat manfaat yang dibawa inisiatif tersebut bagi kedua-duanya, majikan dan pekerja.



Ini menyusuli kenyataan oleh rakan tiga pihak - MOM, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) - bulan lalu yang menggesa agar amalan seperti bekerja dari rumah dan waktu kerja yang diatur di tempat kerja dijadikan ciri tetap.



Cik Gan berkata "bagi peruntukkan aturan kerja fleksibel menjadi langkah tetap mampan dan berkesan, majikan akan memerlukan masa dan sokongan mencukupi untuk mencari penentukuran betul paling sesuai bagi pekerja mereka sambil memenuhi keperluan perniagaan".



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) tentang apakah MOM akan melakukan lebih banyak usaha daripada setakat menggalak majikan mengekalkan dan mempromosi skim kerja fleksibel.



Cik Gan berkata dalam tempoh beberapa tahun mendatang rakan tiga pihak akan memperkukuh latihan bagi syarikat agar mereka boleh melaksana aturan kerja sedemikian "dalam cara yang memberi manfaat kepada semua pihak dan mampan", seperti dalam bidang sumber manusia dan rekaan semula pekerjaan.



"Kami juga akan bekerjasama dengan duta pekerjaan-kehidupan untuk menyokong pelaksanaan aturan kerja fleksibel," tambah beliau.



Duta tersebut termasuk pemimpin perniagaan, pengamal sumber manusia dan pekerja lain yang meningkatkan kesedaran tentang nilai perniagaan bagi keharmonian pekerjaan-kehidupan kepada majikan dan berkongsi pengalaman mereka tentang cara mencapai keharmonian pekerjaan-kehidupan dengan pekerja.



Beliau menambah bahawa rakan tersebut akan mengajak lebih banyak syarikat menyertai Piawaian Tiga Pihak bagi Aturan Kerja Fleksibel.



Baru-baru ini, akhbar The Straits Times melaporkan pemerintah menyasar meningkatkan amalan piawaian sukarela oleh majikan itu daripada 27 peratus daripada keseluruhan pekerja kepada 40 peratus menjelang hujung tahun ini - sasaran yang ditetapkan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura.



"Ini bermakna mempunyai dasar jelas tentang bagaimana memohon aturan kerja fleksibel dan mengurus jangkaan pekerja tentang penggunaannya yang bertanggungjawab, komunikasi tepat pada masanya tentang hasil permohonan aturan kerja fleksibel dan juga penilaian adil dan objektif terhadap… permohonan pekerja," kata Cik Gan.



Beliau berkata perkhidmatan awam telah menerajui langkjah mengamalkan piawaian tiga pihak itu, dan menambah bahawa langkah-langkah itu akan meletak syarikat dalam kedudukan baik untuk mematuhi garis panduan tiga pihak akan datang, yang akan diperkenal menjelang 2024.



Garis panduan wajib itu akan memerlukan majikan menimbangkan permohonan aturan kerja fleksibel secara adil dan betul.



"Bersama, usaha ini akan menetapkan norma yang boleh diterima untuk memohon aturan kerja fleksibel, sambil mengekalkan hak istimewa majikan untuk menilai dan menentukan permohonan aturan kerja fleksibel berdasarkan keperluan perniagaan dan operasi mereka," kata Cik Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >