Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja, majikan prihatin kos sara hidup, prospek ekonomi: Presiden Halimah

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



PEKERJA dan majikan bimbang tentang kos sara hidup yang meningkat dan prospek ekonomi yang merosot.



Namun, Presiden Halimah Yacob berasa senang kerana pergerakan buruh telah menghasilkan pelbagai skim untuk membantu pekerja di sini.



Puan Halimah menyatakan demikian semasa berkongsi tentang perbincangan meluas yang diadakan dengan anggota Jawatankuasa Pusat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) semalam.



Perbincangan itu dilakukan semasa beliau menjamu mereka makan tengah hari di Istana.



"Kami mengadakan perbincangan spontan dan meluas mengenai cabaran yang dihadapi majikan dan pekerja," kata Puan Halimah.



"Di tengah-tengah cabaran ini, saya senang hati kerana kesatuan telah melancarkan banyak skim berbeza menerusi Dana Penjagaan NTUC untuk menyokong pekerja kita."



Dalam pada itu, Puan Halimah juga berkata jawatankuasa itu telah berkongsi tentang peri penting pergerakan buruh yang kukuh.



"Singapura mempunyai sistem perikatan tiga pihak yang unik.



"Kesatuan kita bekerja rapat dengan majikan dan pemerintah di belakang tabir untuk mewujudkan hubungan industri yang harmoni dan amalan pekerjaan yang adil.



"Dengan cara ini, kita memastikan hak dan kebajikan pekerja kita dilindungi, sambil membina ekonomi yang lebih kukuh bersama-sama." kata Puan Halimah dalam perkongsiannya di Facebook.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >