Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Pekerja maut di tapak pembinaan kondominium Hougang

Sep 19, 2019 | 05:23 PM

PEKERJA binaan Bangladesh berusia 25 tahun meninggal dunia setelah plat keluli jatuh menimpa dirinya dalam kemalangan di tapak pembinaan kondominium pada Selasa (17 September)

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah mengeluarkan perintah untuk menghentikan penggunaan dan pergerakan semua jentera berat di tapak pembinaan di Hougang, di mana berlakunya kemalangan itu.

Menurut The Staits Times (ST), MOM juga sedang menyiasat kes kemalangan ini.

Dalam kenyataan MOM, seorang jurucakap menyatakan bahawa pemaju tapak tersebut adalah Florence Developer, manakala penghuninya adalah Tiong Aik Construction. Dsoon Engineering merupakan majikan mangsa.

Kemalangan itu berlaku di tapak pembinaan The Florence Residences di Hougang Avenue 2, di mana sembilan kondominium setinggi 18 tingkat dijadualkan untuk siap pada Mac 2022, berdasarkan lelaman Tiong Aik.

Dalam sebuah video yang didapati dalam talian, pekerja boleh dilihat menggunakan  penggali untuk mengangkat plat keluli dalam usaha untuk menylamatkan lelaki yang terperangkap.

Dsoon Engineering enggan memberi sebarang komen apabila dihubungi The Straits Times.

The Straits Times juga telah menghubungi Tiong Aik Construction untuk memberikan komen.

17 pekerja maut dalam kemalangan tempat kerja pada separuh pertama tahun ini, berbanding 18 pekerja pada jangka masa yang sama tahun ini.

Sebanyak 41 kes pekerja mati dalam kemalangan tempat kerja telah direkodkan pada 2018.

Kadar kecederab maut di tempat kerja di Singapura telah turun sejak beberapa tahun. Dari 4.9 bagi setiap 100,000 pekerja pada tahun 2004 kepada 1.2 bagi setiap 100,000 dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian