Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja migran didakwa cabul wanita di blok Kallang Bahru

Nov 24, 2022 | 05:22 PM



SEORANG pekerja di sini didakwa mencabul kehormatan seorang wanita di sudut blok perumahan di Kallang Bahru Isnin lalu.


Jegatheeswaran Karthick, 35 tahun, pada Khamis (24 Nov) didakwa atas satu pertuduhan cabul kehormatan dalam keadaan tertentu.


Warga India itu didakwa menahan seorang wanita berusia 25 tahun dengan menolaknya ke sudut tembok dan mencabulnya sekitar 12.40 tengah hari Isnin lalu, lapor The Straits Times.


Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kes itu pada 10.30 pagi Selasa lalu iaitu sehari kemudian.


Kes itu melibatkan seorang wanita yang didakwa dicabul oleh lelaki tidak dikenali di sekitar Kallang Bahru.


Siasatan yang dibantu oleh rakaman kamera polis mengesahkan identiti suspek.


Dia ditahan dalam tempoh tujuh jam selepas laporan itu.

“Kami mempunyai toleransi sifar terhadap pesalah seksual yang mengancam keselamatan masyarakat,” kata jurucakap polis.


“Pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” tambahnya.


Pada Khamis, Jegatheeswaran memberitahu mahkamah melalui penterjemah bahawa dia tidak menyentuh wanita itu kerana dia mempunyai botol air di sebelah tangan dan telefon bimbitnya di tangan yang lain.


Jegatheeswaran berkata dia telah bekerja di Singapura selama 12 tahun dan tidak pernah terlibat dalam sebarang kejadian seperti itu sebelum ini.


Hakim berkata Jegatheeswaran akan mempunyai peluang untuk mempertahankan diri dalam masa terdekat.


Pihak pendakwa memberitahu mahkamah laporan perubatan serta laporan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) yang melibatkan ujian swab masih belum selesai.


Jegatheeswaran ditawarkan ikat jamin $15,000 dan dijangka kembali ke mahkamah pada 22 Disember.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >