Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pekerja migran diizin masuk bagi tangani masalah kurang tenaga pekerja syarikat

5,100 pemegang Pas S, permit kerja masuk setiap bulan dari Nov hingga April, sambil pemerintah urus risiko penularan Covid-19 dalam masyarakat
May 12, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH memberi kelulusan kemasukan kepada purata 5,100 pemegang Pas S dan permit kerja setiap bulan dari November hingga April lalu, kata Menteri Kedua Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Ini dalam usaha membantu mengurangkan masalah kekurangan pekerja bagi syarikat yang bergantung pada pekerja asing.



Namun, meskipun pemerintah sedang mengambil langkah-langkah untuk membantu syarikat di sini, Dr Tan berkata disebabkan pandemik Covid-19, sekatan terhadap kemasukan pekerja dari negara berisiko lebih tinggi mungkin berlanjutan hingga beberapa waktu.



"Ini sedang jumlah kemasukan pekerja perlu dikurangkan apabila keadaan Covid-19 bertambah buruk, dan hanya boleh dinaikkan apabila keadaan bertambah baik.



"Ini satu-satunya cara kita boleh memastikan kemasukan pekerja secara selamat, sambil menguruskan risiko penularan dalam masyarakat," katanya di Parlimen semalam.



Tahun lalu, jumlah pemegang permit kerja dalam sektor binaan, marin dan proses (CMP) - sektor paling terjejas oleh Covid-19 kerana ia amat bergantung pada pekerja migran - berkurangan hampir 60,000 pekerja, atau 16 peratus.



Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan akan meningkatkan rebat levi pekerja asing bagi pemegang permit kerja dalam sektor CMP daripada $90 kepada $250 bagi setiap pekerja setiap bulan dari Mei hingga Disember tahun ini, untuk membantu perniagaan mendapatkan pekerja dari sumber negara lain.



Dr Tan berkata majikan boleh menggunakan rebat ini untuk membawa masuk pekerja dari sumber alternatif seperti China, yang pekerjanya umumnya berkemahiran lebih tinggi tetapi bergaji lebih tinggi.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) baru-baru ini juga mengumumkan skim sementara untuk membolehkan pemegang permit kerja baru dari China mendapatkan pensijilan kemahiran di Singapura kerana beberapa Pusat Ujian Luar Negara di China belum beroperasi semula.



Dr Tan menambah bahawa BCA dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) akan terus mendekati syarikat dan menyemak apakah langkah tambahan diperlukan untuk membantu sektor CMP semasa krisis ini.



Sementara itu, Dr Tan berkata pemerintah menggalak perniagaan mengekalkan pekerja migran mereka yang sedia ada dan memanfaatkan pekerja migran lain yang sudah berada di Singapura.



Menjawab soalan susulan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, apakah pemerintah akan menimbangkan mendapatkan pekerja dari sumber negara bukan tradisional lain, Dr Tan berkata MOM, BCA, Kementerian Pembangunan Negara (MND), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sedang meneroka pilihan itu bersama.



"Kami telah mula mendekati rakan kerja dalam kebanyakan negara sumber bukan tradisional ini untuk meninjau bagaimana kami boleh membawa mereka masuk, namun ini akan mengambil masa kerana terdapat juga isu bahasa dan budaya.



"Ini adalah perkara yang kami perlu pertimbang," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >