Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN: MAJLIS BUKA PUASA BH DI TUAS VIEW DORMITORY

Pekerja migran Islam syukur dapat berbuka, solat bersama

Majlis berbuka puasa bagi hargai peranan, sumbangan pekerja migran dalam usaha negara tangani pandemik
Apr 21, 2022 | 05:30 AM



SETELAH dua tahun, para pekerja migran Islam kini boleh berbuka puasa dan solat berjemaah bersama di asrama mereka menyusuli kelonggaran SMM (langkah pengurusan selamat).



Sekitar 50 pekerja migran di Tuas View Dormitory kelmarin beriftar dan solat berjemaah bersama Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, serta kakitangan Berita Harian (BH) dalam satu majlis yang dianjurkan buat julung-julung kalinya.



Turut hadir ialah Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman, dan Ketua Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Penglibatan (Ace), Encik Tung Yui Fai.



Bagi pekerja migran dari Bangladesh, Encik Wadud Mohammad Abdul, 40 tahun, beliau berasa gembira dapat menghadiri majlis iftar sedemikian kerana sebelum ini beliau seringkali berbuka puasa di biliknya sahaja.



"Saya amat bersyukur dengan adanya majlis ini kerana sudah agak lama saya tidak berbuka puasa dan solat berjemaah bersama teman-teman Islam saya yang lain," katanya yang sudah 13 tahun bekerja di Singapura.



Pekerja kilang, Encik Asmi Ali Ahmad, 40 tahun, dari Malaysia, turut bersyukur kerana majlis sedemikian memberinya peluang berbuka bersama lebih ramai orang, sama seperti pengalaman beliau di Malaysia dahulu.



"Alhamdulillah, saya sangat gembira diberi peluang berbuka puasa beramai-ramai kerana sudah dua tahun saya tidak boleh melakukan sedemikian ekoran sekatan Covid-19," katanya yang mula bekerja di Singapura sekitar tiga tahun lalu.



Tetamu terhormat, Encik Zaqy, gembira kerana syarikat seperti BH menghulurkan tangan kepada golongan yang memerlukan dan berkongsi semangat Ramadan serta menghargai sumbangan pekerja migran dalam membangunkan Singapura di tengah-tengah cabaran Covid-19.



"Majlis ini memberikan mereka pengalaman berbeza kerana mereka dapat berbuka puasa, berinteraksi dan berkongsi pandangan dengan warga Singapura.



"Saya amat berterima kasih kepada pihak seperti Berita Harian yang bekerjasama untuk memberi mereka peluang beribadah dan menjalankan ibadah kita secara berjemaah dan menghayati rahmah dan berkat pada Ramadan ini," ujar beliau.



Encik Zaqy berkata, sumbangan pekerja migran amat dihargai kerana mereka bekerjasama dan memberi kepercayaan kepada pihak pemerintah.



Usaha semua pihak ini telah membolehkan Singapura kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh, kata beliau.



Encik Saat pula mengiktiraf kerja keras para pekerja migran di Singapura yang telah banyak melalui cabaran sejak dua tahun lalu, dan berkorban demi kepentingan masyarakat.



"Kami ingin menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pekerja migran yang telah bekerja keras, menunjukkan ketabahan dan memainkan peranan penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >