PEKERJA migran Muslim akan dapat mengikuti solat jemaah di asrama mereka dari 13 April hingga 12 Mei iaitu sepanjang Ramadan.
Asrama akan dibenarkan mengadakan dua sesi solat berjemaah untuk hingga 200 orang, bergantung kepada saiz dan ketersediaan lokasi di setiap asrama, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (9 April).
Solat jemaah akan diadakan bagi solat tarawih dan solat Hari Raya pada 12 Mei.
Sementara itu, usaha vaksinasi yang sedang dijalankan untuk pekerja migran akan diteruskan.
Masa vaksinasi akan dilanjutkan ke 10 malam dalam bulan Ramadan agar pekerja Muslim dapat berbuka puasa sebelum menerima suntikan mereka, tambah MOM.
"Vaksinasi tidak membatalkan puasa, dan pekerja migran digalak mengambil vaksin Covid-19 itu apabila mereka diberi kesempatan untuk melakukannya," kata kementerian itu.
Usaha memvaksinasi pekerja migran Singapura kini dalam fasa kedua, dengan sekitar 30,000 pekerja di 30 asrama dijadualkan untuk mendapatkan suntikan mereka dalam masa beberapa minggu akan datang.
Fasa pertama usaha itu pada Mac melihat sekitar 9,000 pekerja yang layak menerima dos vaksin pertama mereka.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Pekerja migran Muslim dapat solat jemaah dalam asrama sepanjang Ramadan
Apr 09, 2021 | 04:00 PM