Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEKERJA MIGRAN

Perkukuh sokongan masyarakat, kesejahteraan mental pekerja migran diutama

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



Covid-19 telah menjejas ramai orang bukan hanya dari segi kebimbangan tentang pekerjaan dan kewangan, malah juga kesejahteraan mental dan emosi. Satu inisiatif baru bagi membantu golongan pekerja migran di sini meraih kemahiran menjaga kesihatan mental dan emosi serta juga tip untuk membantu rakan-rakan yang rasa tertekan telah diperkenalkan baru-baru. Berikut BERITA HARIAN melaporkan tentang Rangkaian Sokongan Rakan.



HAMPIR 100 pekerja migran di sini telah menjalani latihan berkaitan kesejahteraan mental supaya dapat memberikan sokongan mental dan emosi serta menjadi tempat bagi rakan-rakan mereka mengadu masalah.



Mereka telah mendaftarkan diri sebagai ketua sokongan rakan di bawah Rangkaian Sokongan Radkan - satu inisiatif bagi memperkukuh sokongan masyarakat dan memastikan kesejahteraan mental pekerja migran dijaga.



Ia dirintis di beberapa dormitori terpilih pada Februari lalu.



Rangkaian itu adalah salah satu sokongan pertama bagi kesejahteraan mental pekerja migran di bawah Projek Dawn, sebuah pasukan petugas yang dilancarkan November lalu bagi mempertingkat penjagaan dan sokongan kesihatan mental pekerja migran di Singapura.



Pasukan petugas itu merangkumi wakil daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Institut Kesihatan Mental (IMH), Pusat Pekerja Migran (MWC) dan HealthServe serta pakar psikologi pemerintah.



Di bawah rangkaian itu, pekerja migran menjalani latihan tentang cara menjaga kesejahteraan mental dan juga pertolongan cemas psikologi asas serta cara berkomunikasi dengan rakan yang mungkin dalam kebimbangan.



Kurikulum latihan bagi ketua sokongan rakan itu dibangunkan bersama oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), MWC dan HealthServe.



Rangkaian itu juga dilengkapi dengan sistem pendamping (informal buddy systems) supaya lebih mudah dan selesa bagi pekerja migran berkongsi secara terbuka tentang masalah yang dihadapi bersama rakan mereka.



"Maklum balas daripada ketua sokongan rakan adalah positif; ramai rasa maklumat dan kemahiran yang diraih adalah bermanfaat. Mereka berharap dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran baru itu untuk menyokong rakan-rakan mereka di mana perlu.



"Kami juga telah melihat minat dari pekerja migran dan juga majikan serta pengendali dormitori untuk melatih ketua sokongan rakan dalam masyarakat masing-masing," kata jurucakap MOM.



Buat masa ini, latihan bagi ketua sokongan rakan itu digantung dek langkah-langkah pengurusan selamat diperketat, dan ia dijangka kembali menjelang hujung bulan ini.



Pandemik Covid-19 telah menjejas ramai pekerja migran di sini, dengan pergerakan dan kegiatan sosial mereka lebih dikawal.



Keadaan lebih tertekan bagi golongan itu pada tahun lalu sewaktu kemuncak pandemik itu apabila langkah pemutus litar dilaksanakan.



Ketika itu, pekerja migran tidak dibenarkan keluar dari dormitori, dan pergerakan serta kegiatan di tempat tinggal mereka juga dikawal ketat, memandangkan sebahagian besar kes Covid-19 pada ketika itu melibatkan golongan tersebut.



Jurucakap MWC berkata jaminan pekerjaan, penghantaran balik ke negara asal, isu makanan atau penginapan, dan keprihatinan tentang kesejahteraan ahli keluarga merupakan antara isu tekanan yang dihadapi pekerja migran, terutamanya di tengah-tengah pandemik ini.



Pada April tahun lalu ketika kemuncak Covid-19, MWC telah melancarkan Projek Careline untuk mendekati pekerja migran secara proaktif.



Sekitar 20 duta akar umbi paling kanan badan itu - yang juga pekerja migran - membuat sehingga 1,000 panggilan video setiap hari untuk mengikuti kes yang dirujuk Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (Fast) atau pertanyaan menerusi talian bantuan 24 Jam MWC.



Panggilan tersebut dibuat supaya pekerja asing ada tempat untuk mengadu dan untuk mengetahui jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi. Isu berkaitan pekerjaan terutamanya, seperti gaji tidak dibayar dan permit kerja dibatalkan secara tidak adil, akan dirujuk kepada pegawai MWC dengan segera bagi tindakan susulan.



"Pengalaman kami telah menunjukkan kepentingan mempunyai sistem sokongan rakan yang mampan dan berstruktur supaya dapat mempromosi amalan kesihatan mental baik dengan berkesan dalam masyarakat pekerja migran.



"Kami berharap program ini (seperti Projek Dawn atau Projek Careline MWC), akan menggalak pekerja migran yang mengalami kebimbangan emosi mendapatkan bantuan awal dan tidak menderita dalam senyap," kata jurucakap MWC.



Menyedari kesihatan mental adalah topik penting, MWC telah mendorong bagi modul kesejahteraan mental dirangkumkan ke dalam kurikulum program menyesuaikan diri, atau settling-in, pekerja migran.



Dalam cara yang sama, MWC berharap Rangkaian Sokongan Rakan yang dirintis itu juga bermanfaat dalam menyediakan sokongan berstruktur kepada masyarakat pekerja migran.



"Di samping mendidik mereka mengenai tip menangani stres dan menjaga kesihatan mental dan emosi mereka, kurikulum ini akan menyediakan mereka senarai platform bantuan bagi mereka mendapatkan pertolongan.



"Menerusi ini, kami berharap dapat mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam masyarakat migran tentang kepentingan kesejahteraan mental dan emosi, dan bagaimana mereka tidak harus rasa takut untuk mendapatkan bantuan," kata jurucakap MWC.



Antara majikan yang menyokong inisiatif Rangkaian Sokongan Rakan itu ialah syarikat landskap Prince's Landscape, dengan sekurang-kurangnya dua pekerja mereka telah mendaftarkan diri sebagai ketua sokongan rakan.



Pengurus besar syarikat itu, Encik Bernie Low, berkata sejak inisiatif itu diadakan, pihaknya telah menyaksikan perubahan positif dari segi kesejahteraan mental dalam kalangan pekerja migrannya.



Tambah beliau, inisiatif itu menunjukkan bahawa mereka tidak keseorangan dalam situasi pandemik ini, dan sokongan mental dan kaunseling yang disediakan akan dapat mempertingkat kesejahteraan dan produktiviti mereka.



"Kami mengadakan pelbagai sesi yang kerap (dengan pematuhan ketat terhadap langkah pengurusan selamat) di mana mereka berpeluang mengongsi keprihatinan dan cabaran bersama anggota pihak pengurusan syarikat. Kami perhatikan pekerja migran kami rasa lebih gembira dan selamat meskipun pandemik masih berterusan," kata beliau.




 PEKERJA DILANDA BIMBANG DAPAT BANTUAN AWAL 



"Pengalaman kami telah menunjukkan kepentingan mempunyai sistem sokongan rakan yang mampan dan berstruktur supaya dapat mempromosi amalan kesihatan mental baik dengan berkesan dalam masyarakat pekerja migran.



"Kami berharap program ini (seperti Projek Dawn atau Projek Careline MWC), akan menggalak pekerja migran yang mengalami kebimbangan emosi mendapatkan bantuan awal dan tidak menderita dalam senyap."
- Jurucakap Pusat Pekerja Migran (MWC)




RANGKAIAN SOKONGAN RAKAN



Ia adalah salah satu sokongan pertama bagi kesejahteraan mental pekerja migran di bawah Projek Dawn, sebuah pasukan petugas yang dilancarkan November lalu bagi mempertingkat penjagaan dan sokongan kesihatan mental pekerja migran di Singapura.



Pasukan petugas itu merangkumi wakil daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Institut Kesihatan Mental (IMH), Pusat Pekerja Migran (MWC) dan HealthServe serta pakar psikologi pemerintah.



Di bawah rangkaian itu, pekerja migran menjalani latihan tentang cara menjaga kesejahteraan mental dan juga pertolongan cemas psikologi asas serta cara berkomunikasi dengan rakan yang mungkin dalam kebimbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >