KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN M’SIA
Pekerja M'sia di S'pura gegas pulang siapkan barang; ada terpaksa cuti
Mar 18, 2020 | 05:30 AM
RAKYAT Malaysia yang perlu ulang-alik dari Malaysia ke Singapura setiap hari demi mencari rezeki di sini bertungkus-lumus membuat perancangan di saat terakhir semalam bagi memastikan kehidupan dan pekerjaan harian mereka tidak terjejas.
Ini selepas Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu mulai hari ini di tengah-tengah wabak koronavirus Covid-19 ini.