Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja M'sia di S'pura gegas pulang siapkan barang; ada terpaksa cuti dek kawalan pergerakan

Mar 17, 2020 | 04:44 PM



RAMAI warga Malaysia yang bekerja di sini telah bergegas pulang ke Johor hari ini (17 Mac) untuk mengemas barangan dan pakaian mereka dan masuk kembali ke Singapura sebelum tengah malam ini.



Ini selepas Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu mulai esok (18 Mac) hingga 31 Mac di tengah-tengah wabak koronavirus Covid-19 ini.



Beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di sini mengongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa ada yang disediakan tempat tinggal di Singapura buat sementara waktu ini oleh majikan mereka manakala yang lain pula terpaksa ambil cuti.



Warga Malaysia yang menetap di Larkin, Johor dan bekerja sebagai penyelia di sebuah poliklinik di sini, Encik Hannathan Kumaru, 24 tahun, berkata: “Syarikat saya telah mendapatkan tempat tinggal untuk saya selama 14 hari ini."



Nasib Encik Zakwan Zulkifli bagaimanapun tidak seuntung rakan warga negaranya yang lain, dengan beliau terpaksa mengambil cuti dan duduk di Johor Bahru buat dua minggu ini.



“Saya tak ada pilihan lain sebab pengumuman dari Malaysia lambat dan mereka (majikan) tak sempat nak buat apa-apa.



“Mereka ada tanya juga sama ada kami mahu tinggal di sini kalau mereka dapat tempat di Singapura tetapi saya pilih untuk duduk di Johor Bahru,” katanya yang bekerja sebagai barista dan tinggal di Pasir Gudang.



Laporan penuh di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >