Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja pembersihan nikmati kenaikan gaji sepanjang enam tahun mulai 2023

Kenaikan gaji asas di bawah semakan Model Gaji Progresif bertujuan rapatkan jurang pendapatan dengan pekerja sektor lain
Jun 08, 2021 | 05:30 AM



GAJI asas pekerja pembersihan pada setiap peringkat pekerjaan akan naik setiap tahun dari 2023 hingga 2028.



Mereka akan menerima gaji bulanan asas sekurang-kurangnya $2,420 mulai Julai 2028, hampir seganda gaji yang mereka bawa pulang sekarang.



Misalnya, gaji bulanan asas seorang pekerja pembersihan am akan meningkat daripada $1,312 tahun depan kepada $1,570 pada 2023, iaitu bertambah 19.7 peratus.



Gaji bulanan asas itu akan meningkat 10.8 peratus kepada $1,740 pada 2024, 9.8 peratus kepada $1,910 pada 2025, 8.9 peratus kepada $2,080 pada 2026, 8.2 peratus kepada $2,250 pada 2027, dan 7.6 peratus kepada $2,420 pada 2028.



Ini bermakna pekerja pembersihan am akan menikmati kenaikan gaji kumulatif sebanyak 85 peratus sepanjang enam tahun itu.



Bagi peranan kerja lebih tinggi, seperti penyelia dan pemandu mekanikal, pertumbuhan gaji kumulatif mereka sepanjang tempoh itu ialah 63 peratus.



Seorang penyelia atau pemandu mekanikal akan membawa pulang gaji bulanan asas sekurang-kurangnya $3,210 pada 2028, naik daripada $1,967 pada 2022.



Langkah menaikkan gaji bulanan asas itu bertujuan merapatkan jurang pendapatan pekerja pembersihan dengan pekerja sektor lain.



Kenaikan gaji bulanan asas itu antara saranan yang dikemukakan dalam laporan Kelompok Tiga Pihak bagi Pekerja Pembersihan (TCC) mengenai semakan ke atas Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor itu, yang dikeluarkan semalam.



Semakan itu dijalankan demi memastikan PWM itu relevan dalam mempertingkat dan mengubah industri pembersihan.



Ia juga dalam usaha memberi pengiktirafan kepada pekerja pembersihan bagi tugas penting yang dilakukan mereka, terutama semasa pandemik Covid-19 ini.



Di bawah semakan ke atas PWM pada 2016 dan 2018, pekerja pembersihan dijadualkan mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 peratus dari 2020 hingga 2022.



Pengerusi TCC, Encik Zainal Sapari, yang juga Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), berkata kenaikan gaji asas enam tahun itu akan memberi ketelusan supaya penyedia dan pembeli perkhidmatan dapat memberikan harga tender kontrak secara objektif.



"Kami perhatikan tempoh banyak kontrak pembersihan adalah lebih panjang… Oleh itu, kami fikir jadual kenaikan gaji asas enam tahun akan memberi industri kepastian lebih besar dalam hal pembidaan dan harga kontrak," kata beliau dalam satu sidang media yang diadakan melalui Zoom semalam.



Encik Zainal menambah bahawa tidak ada sebarang formula khusus tentang cara kenaikan gaji itu ditetapkan.



"Ini benar-benar berdasarkan perundingan gaji di mana kami juga membuat perbandingan relatif dengan apa yang dapat diperolehi pekerja dalam industri pesaing," kata beliau.



Dalam pada itu, TCC menyarankan agar semua perniagaan pembersihan memenuhi keperluan latihan PWM dipertingkat menjelang 31 Disember tahun depan.



Keperluan latihan itu mewajibkan pekerja pembersihan tempatan mengambil kursus Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja (WSH) dan mengikuti satu daripada modul utama Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) yang dikenal pasti TCC.



Ini demi memastikan pekerja sedar akan keselamatan peribadi mereka ketika menjalankan tugas, terutama dengan permintaan dan standard pembersihan lebih tinggi semasa pandemik Covid-19 ini.



TCC juga menyarankan agar jumlah modul latihan WSQ keseluruhan yang perlu diikuti pekerja ditambah.



Selepas 2025, pekerja pembersihan dalam peringkat pekerjaan lebih rendah mesti menyelesaikan tiga modul latihan WSQ manakala mereka dalam peringkat pekerjaan lebih tinggi mesti menyelesaikan empat modul. Ini termasuk modul WSH yang wajib.



Pengurus Besar Kanan, Cleaning Express Pte Ltd (Atalian Global Services Singapore), Encik Mujib Rahman Yusof, berkata syarikatnya mengalu-alukan saranan TCC itu.



"Kami mengalu-alukan usaha bersepadu ini untuk mempertingkat kehidupan pekerja pembersihan kami. Kami telah menempuh perjalanan jauh sejak PWM kali pertama dilancarkan.



"Sebagai pihak berkepentingan, kami mesti terus bekerjasama bagi kebaikan industri dan tenaga kerja kami," kata beliau.




SARANAN TCC DI BAWAH SEMAKAN PWM INDUSTRI PEMBERSIHAN



KENAIKAN GAJI MULAI 1 JULAI 2023



- Gaji bulanan asas pekerja pembersihan pada setiap peringkat pekerjaan akan naik tahun demi tahun dari 2023 hingga 2028. Misalnya, penyesuaian pertama pada 2023 akan menyaksikan gaji bulanan asas pekerja pembersihan am naik kepada $1,570 daripada $1,312 pada 2022.



KURANGKAN RISIKO KECEDERAAN DI TEMPAT KERJA



- Semua perniagaan pembersihan disaran memenuhi keperluan latihan PWM dipertingkat menjelang 31 Disember 2022, di mana pekerja wajib mengambil satu kursus WSH dan mengikuti satu daripada modul utama WSQ yang dikenal pasti TCC.



BANTU PEKERJA MENGIKUTI TRANSFORMASI INDUSTRI



- Jumlah modul latihan WSQ keseluruhan yang mesti diikuti pekerja akan ditambah. Selepas 2025, pekerja dalam peringkat pekerjaan lebih rendah mesti mengikuti tiga modul latihan WSQ dan mereka dalam peringkat pekerjaan lebih tinggi mesti mengikuti empat modul. Ini termasuk modul WSH yang wajib.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >