Pekerja pengangkat barang maut, jatuh 7 tingkat di kondominium, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pekerja pengangkat barang maut, jatuh 7 tingkat di kondominium

Apr 14, 2021 | 05:30 AM

SEORANG pekerja pengangkat barang berusia 23 tahun maut selepas beliau terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium.

Beliau dipercayai jatuh ke belakang dari tangga yang disandarkan di tembok rendah.

Beliau didapati meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dalam kejadian di Watermark@Robertson Quay itu pada 5 April.

Majikannya, Apex Worldwide Movers & Services telah diperintah berhenti kerja oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Menjawab pertanyaan The Straits Times, MOM berkata lelaki itu sedang memindah dan mengangkat perabot di sebuah unit kondomnium di 5 Rodyk Street di kawasan River Valley apabila beliau terjatuh.

Discover Malay Home Based Businesses

"Beliau sedang berdiri di atas tangga apabila jatuh ke belakang melalui ruang di atas tembok setinggi 1 meter... Beliau jatuh dari tingkat 10 ke tingkat tiga," kata jurucakap MOM.

Menurut MOM, ini adalah kematian ke-13 di tempat kerja pada tahun ini, daripada 11 kejadian.

Ia sedang menyiasat kejadian itu.

Kematian lelaki itu dilaporkan buat kali pertama di buletin Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) kelmarin.

Ia menyatakan bahawa lelaki itu sebahagian kumpulan pekerja yang ditugaskan untuk membuang perabot dan peralatan elekrik dari sebuah unit di tingkat 10 kondominium itu.

Dalam satu kejadian maut pada 10 Februari, Encik Koh Kok Heng, seorang penduduk tetap dan pengarah di JMS Construction, meninggal dunia selepas jatuh 4.7 meter menerusi lubang di lantai semasa melawat tapak binaan di sebuah rumah di University Walk.

Pada 2019, sebanyak 10 kejadian maut disebabkan pekerja yang jatuh dilaporkan, sementara pada 2020, ada 11 kejadian maut, menurut perangkaan dari WSH.

Terdapat sejumlah 39 kejadian maut berhubung kemalangan di tempat kerja pada 2019 dan 30 kejadian sedemikian pada tahun lalu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map