Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja penghantaran terima bantuan tunai hingga $650

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 13,000 pemandu dan penunggang penghantaran serta pemandu bas mini dan limusin boleh menerima bantuan tunai sekali sahaja sehingga $650 dari pergerakan buruh untuk mengurangkan beban mereka semasa pandemik ini dan selepas cukai petrol dinaikkan awal tahun ini.



Antara lain, kumpulan pekerja itu perlu menunjukkan bukti mereka telah bertugas secara bebas sebagai pemandu bas mini, limusin atau pekerja penghantaran sebelum 31 Mac lalu dan kebanyakan pendapatan mereka diraih daripada tugas tersebut untuk melayakkan diri menerima Skim Bantuan NTUC U FSE itu.



Mereka juga harus menunjukkan mereka bukan penerima Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF) dan



Satu lagi syarat ialah, pemandu dan penunggang yang menjadi anggota Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Pejuang (Champions) Penghantaran Nasional (NDCA) boleh menerima bantuan itu.



Mereka yang layak tetapi bukan anggota kesatuan itu boleh memohon menjadi anggota dan seterusnya memohon bagi bantuan tersebut selepas keanggotaan mereka diterima.



Mereka yang menyertai NPHVA atau NDCA pada 1 Mac 2021 atau sebelum tarikh itu boleh menerima bantuan tunai antara $250 dengan $650.



Mereka yang menyertai kesatuan selepas 1 Mac 2021 boleh menerima antara $200 dengan $600.



Dalam kenyataannya semalam, NTUC U FSE, iaitu wakil pekerja bebas dan pekerja sendiri di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), berkata bantuan tersebut bertujuan membantu kumpulan pekerja tersebut, yang kurang mendapat akses kepada skim sokongan lain.



Ia telah memperuntuk $4.28 juta bagi skim tersebut.



Menurut U FSE, skim itu adakah tambahan kepada program sokongan pemerintah seperti CDRF dan ofset cukai petrol yang diumumkan pada Belanjawan 2021.



Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng pula berkata ini adalah masanya untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang pendapatannya terjejas, terutama semasa tempoh kewaspadaan yang dipertingkat.



Presiden NPHVA, Encik Mohamad Azan Salleh berkata NPHVA sentiasa memohon sokongan bagi anggotanya semasa tempoh sukar ini.



"Meskipun kami telah beralih ke Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat), kami jangka sekatan akan diteruskan bagi jangka masa lanjut dan tempahan tidak akan bertambah secara serta-merta."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >