Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja platform dalam talian bakal dapat CPF, perlindungan kewangan

Nov 23, 2022 | 09:16 PM



SYARIKAT dan pekerja platform dalam talian perlu membuat sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada kadar sama seperti majikan dan pekerja lain, dengan sumbangan itu mandatori bagi pekerja platform di bawah usia 30 tahun.


Ini demi memastikan pekerja platform mempunyai simpanan mencukupi bagi keperluan perumahan dan persaraan mereka.


Dalam pada itu, untuk memastikan terdapat perlindungan kewangan sekiranya kecederaan berlaku semasa bekerja, syarikat platform harus menyediakan skop dan tahap pampasan kecederaan kerja yang sama seperti hak pekerja di bawah Akta Pampasan Kecederaan Kerja (Wica).


Ini adalah antara 12 saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform dalam satu laporan 58 halaman yang dikeluarkan pada Rabu (23 Nov) menyusuli pendekatan dan pertimbangan selepas lebih setahun.


Saranan tersebut bertujuan memastikan pekerja platform mempunyai perlindungan kewangan mencukupi sekiranya kecederaan kerja berlaku, mempertingkat kecukupan persaraan dan perumahan, dan mempertingkat perwakilan untuk golongan itu.


Pemerintah telah menerima saranan tersebut dan bercadang melaksanakannya mulai lewat 2024 seawal-awalnya, dengan pindaan kepada undang-undang akan perlu dilakukan.


Baca laporan penuh di Berita Harian esok (24 Nov).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >