Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pekerja platform ingin lebih perlindungan, perwakilan

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



KERJAYANYA sebelum ini adalah sebagai seorang pelukis pelan tetapi Encik Faris Tan membuat keputusan meninggalkan pekerjaan sepenuh masanya itu untuk menjadi seorang pekerja penghantaran makanan.



Ini memandangkan beliau mementingkan 'fleksibiliti' dan 'kebebasan' di mana beliau dapat menentukan jumlah pendapatan yang ingin diraihnya setiap bulan.



Namun, dengan pendapatannya kini yang ada pasang dan surut, lelaki berusia 33 tahun itu akan mempertimbang bertukar pekerjaan sekiranya ia menawarkannya gaji lebih tinggi sekurang-kurangnya $3,000 atau aturan kerja fleksibel.



Melebihi pendapatan, beliau berharap terdapat lebih perlindungan sosial bagi pekerja platform sepertinya walaupun akur bahawa syarikat platform menawarkan insurans asas bagi pekerja ketika waktu pekerjaan.



"Saya juga terpaksa mengambil perlindungan insurans tambahan secara peribadi disebabkan risiko tinggi pekerjaan ini," ujar pekerja Grab itu yang menunggang motosikal bagi membuat penghantaran.



Selain itu, beliau ingin lebih perwakilan dari kesatuan sekerja bagi pekerja platform sepertinya.



Berkongsi pengalamannya, Encik Faris berkata ketika beliau menghadapi masalah di mana pendapatannya dipotong kerana menghantar makanan di alamat yang pelanggan tersalah letak, beliau tidak tahu ke mana untuk rujuk.



"Saya harap terdapat kesatuan yang dapat melindungi pekerja platform sekiranya kami dilayan secara tidak adil.



"Ramai pekerja yang telah dilayan dengan tidak betul dan ia adalah langkah baik untuk ada kesatuan yang dapat menyelesaikan masalah ini," ujarnya.



Menyentuh tentang sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pula, Encik Faris setuju ia penting buat keperluan perumahan dan persaraan tetapi risau sekiranya pendapatannya akan berkurangan, dan sekiranya syarikat platform akan mengambil sebahagian pendapatan pekerja sepertinya bagi melaksanakan bahagian sumbangan majikan.



Minggu ini, Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform bakal membentangkan saranan dalam usaha melindungi pekerja platform, seperti Encik Faris, dengan lebih baik.



Antara dapatan yang dikongsi jawatankuasa itu baru-baru ini adalah CPF membawa perpecahan kepada dua kumpulan - satu yang mahu CPF diwajibkan sementara yang kedua tidak memandangnya sebagai keperluan.



Syarikat platform pula setuju bahawa pekerja patut diberi lebih perlindungan sosial namun prihatin tentang kesan ke atas kos perniagaan mereka.



Cik Goh Swee Chen, yang mempengerusikan jawatankuasa penasihat itu memberi petanda bahawa sumbangan CPF adalah antara yang bakal disentuh dalam saranan.



Dalam sebuah dialog yang diadakan baru-baru ini, beliau juga akur bahawa tidak semua pekerja platform mempunyai keperluan perumahan atau persaraan yang sama.



"Ada yang sudah mempunyai rumah, ada mempunyai rumah yang sudah dibayar. Jadi pemikiran kami adalah di mana ia paling diperlukan, ia akan diwajibkan," katanya.



Memberi pandangan dalam satu kenyataan sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata:



"Sekiranya sumbangan CPF dilaksanakan, perlu ada sokongan yang diberikan kepada pekerja platform untuk mengharungi tempoh peralihan apabila sumbangan CPF dikuatkuasakan supaya dapat mengurangkan kesan ke atas gaji yang mereka bawa pulang."



Ia juga berkata perlu untuk ada perlindungan buat semua pekerja platform yang disediakan pengendali platform. Ini meliputi perbelanjaan perubatan, kehilangan pendapatan serta keadaan malang seperti kehilangan nyawa serta kehilangan keupayaan.



Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon berkata jawatankuasa akan meneroka mewujudkan kategori baru yang berasingan buat pekerja platform, di tengah-tengah pekerja yang makan gaji sepenuhnya dan pekerja yang bekerja sendiri.



Menurutnya, pekerja platform bukan seperti golongan bekerja sendiri yang biasa memandangkan syarikat platform masih mempunyai kawalan ke atas diri mereka.



Cik Yeo Wan Ling, penasihat kepada Persatuan Pejuang Pengiriman Nasional (NDCA) berkata memandangkan pekerja platform tidak tergolong dalam kategori pekerja, NDCA tidak mempunyai kuasa perundangan sama seperti kesatuan sekerja.



"Kami menyeru sokongan perundangan lebih kukuh supaya dapat mewakili dengan lebih baik pekerja ini yang kami lihat dikenakan kawalan tinggi oleh platform. Kami rasa terdorong oleh pembentukan pemerintah bagi Jawatankuasa Penasihat Tiga Pihak dan selanjutnya pembentukan Kumpulan Kerja Tiga Pihak; ini adalah langkah ke arah yang betul untuk perwakilan dan perlindungan buat pekerja platform, yang berdepan dengan keadaan yang unik," ujarnya.




“Saya juga terpaksa mengambil perlindungan insurans tambahan secara peribadi disebabkan risiko tinggi pekerjaan ini...Saya juga harap terdapat kesatuan yang dapat melindungi pekerja platform sekiranya kami dilayan secara tidak adil. Ramai pekerja yang telah dilayan dengan tidak betul dan ia adalah langkah baik untuk ada kesatuan yang dapat selesaikan masalah ini.”
– Encik Faris Tan, pekerja platform dengan syarikat Grab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >