Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja seks yang benarkan lelaki memasuki rumahnya semasa CB dihukum

Jun 03, 2020 | 05:17 PM



SEORANG pekerja seks yang melanggar perintah jarak selamat dan membenarkan pelanggan tetapnya memasuki rumahnya semasa tempoh pemutus litar telah dijatuhkan hukuman hari ini (3 Jun).



Warga China, Cheng Fengzhao, 38 tahun, merupakan pemegang pas kerja dan sepatutnya bekerja sebagai pelayan di sebuah tempat makan, namun dia tidak melakukan kerja tersebut.



Cheng didenda $7,000 setelah mengaku bersalah di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara), lapor The Straits Times.



Bukannya bekerja sebagai pelayan, Cheng malah membayar yuran bulanan kepada beberapa individu untuk membantunya memasarkan khidmat seksnya di beberapa laman web.



Dia tinggal di sebuah unit kondominium di Jalan Kemaman dekat Balestier Road dan membayar sewa kepada seorang lelaki setiap 10 hari. Mahkamah diberi tahu sewanya ialah $100 setiap hari.



Apabila polis melakukan serbuan di situ pada 5 Mei, pegawai polis mendapati seorang pelanggan tetap Cheng, lelaki berusia 51 tahun, memasuki unit itu.



Cheng, yang tidak diwakili, memohon hukuman yang ringan dan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk menyara hidup.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >