Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja sektor swasta mungkin terima bonus 1-2 bulan

Dec 23, 2019 | 04:50 PM



SYARIKAT sektor swasta merancang untuk memberikan bonus sekitar satu hingga dua bulan secara am, walaupun dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta ketegangan perdagangan, menurut pakar sumber manusia. 



Ini selaras atau kurang berbanding tahun sebelumnya, walaupun sektor seperti kewangan, insurans, hartanah, penjagaan kesihatan, perkakas pengangkutan, dan teknologi maklumat mungkin akan menerima bonus yang lebih dari kadar purata walaupun dengan pasaran buruh yang semakin katat, menurut syarikat rundingan sumber manusia ManpowerGroup Singapore, Robert Half Singapore and Mercer. 



Tahun ini, sebahagian besar daripada 85,000 anggota perkhidmatan awam Singapura akan menerima kadar bonus terendah dalam tempoh 10 tahun. 



Bonus akhir tahun mereka adalah pada kadar 0.1 bulan dengan ‘lump sum’ $250 hingga $1,500, menjadikan bonus mereka 1.55 bulan-kurang berbanding 2.5 bulan dalam tempoh dua tahun lalu. 



Terdapat keprihatinan bahawa majikan syarikat swasta akan mengambil langkah yang sama dan memotong bonus, untuk itu Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) menggesa syarikat sektor swasta supaya dibimbing oleh saranan Majlis Gaji Nasional yang dikeluarkan Mei lalu- termasuk bayaran berubah-rubah (variable payment) untuk pekerja sekiranya syarikat mempunyai keuntungan- dan mengambil kira prestasi syarikat ketika mereka memutuskan jumlah bonus. 



Presiden Institut Sumber Manusia Singapura Low Peck Kem berkata syarikat swasta cenderung untuk mempertimbangkan pembayaran perkhidmatan awam ketika menentukan bonus, namun menambah: 



“Syarikat perlu memberi ganjaran mengikut konteks bagi kakitangan, sesuai dengan keperluan mereka untuk kekal berdaya saing. Syarikat yang mempunyai prestasi yang baik berbanding yang lain digalakkan supaya memberikan ganjaran yang sewajarnya.” 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >