Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja selamatkan kanak-kanak dari belebas diiktiraf

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



DUA pekerja asing yang menyelamatkan seorang budak lelaki dari belebas di tingkat tiga flat di Hougang, telah menerima pengiktirafan atas sifat tangkas mereka.



Pekerja penyenggaraan landskap Encik Das Dipto dan Encik Biswas Jibom menerima Anugerah Penyelamat Masyarakat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) daripada Kolonel Lim Han Chee, Komander Divisyen Ketiga SCDF, kelmarin.



Dalam satu catatan di Facebook, SCDF menyifatkan tindakan Encik Dipto dan Encik Jibom sebagai "tangkas dan tidak mementingkan diri sendiri".



"Tindakan anda yang terpuji ini membolehkan kita menjadi negara penyelamat," kata SCDF.



Ahad lalu, Encik Dipto, 27 tahun, berada di Hougang untuk memangkas pokok tetapi akhirnya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terkandas di belebas tingkap yang hampir-hampir tidak cukup lebar untuk kakinya.



Encik Dipto yang berasal dari Bangladesh dan bekerja di sini sejak lapan tahun lalu, memberitahu akhbar The Straits Times Selasa lalu yang beliau sedang membersihkan daya angkat bum atau boom lift (platform di hujung kren bergerak), di Blok 244, Hougang Street 22, apabila seorang wanita yang dalam keadaan panik menghampirinya dan Encik Jibom.



Wanita itu menunjukkan ke arah kanak-kanak lelaki itu, dipercayai berusia enam tahun, yang berpaut pada tiang baju di belebas tingkap tingkat tiga di Blok 243.



Wanita itu kemudian memberitahu pintu rumah budak itu terkunci, lalu Encik Dipto membuat keputusan bahawa cara yang terbaik menyelamatkannya ialah dengan menggunakan daya angkat bum tersebut.



Dengan Encik Jibom memberi arahan, Encik Dipto memandu daya angkat bum itu ke Blok 243, dan mendapati budak lelaki itu yang sedang menangis.



Dalam sebuah video yang dikongsi di WhatsApp dan dimuatnaik ke Facebook, budak itu dilihat berdiri di belebas tingkap sambil berpaut pada tiang baju.



Apabila Encik Dipto berada dekat dengan budak itu, beliau menghulurkan kedua tangan dan mengangkat budak itu ke platform kren itu dan menyelamatkannya.



Tindakannya itu disorak oleh beberapa orang yang menyaksikan kejadian tersebut.



SCDF berkata budak itu diperiksa oleh paramedik dan didapati tidak memerlukan rawatan hospital.



Encik Dipto kemudian memberitahu bahawa ibu budak itu kembali pagi Ahad itu untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau dan Encik Jibom kerana menyelamatkan nyawa anaknya.



Secara berasingan, pertubuhan bukan pemerintah Pusat Pekerja Asing (MWC) pada Selasa lalu menulis di Facebook bahawa pihaknya merancang untuk menganugerahkan mereka berdua Anugerah Pujian MWC.



Anugerah itu ditubuhkan pada 2020 untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang melakukan perbuatan baik tanpa memikirkan diri sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >