Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja sosial main peranan penting bantu warga harungi Covid-19

Presiden Halimah beri penghargaan dalam majlis Anugerah Pekerja Sosial Cemerlang
Nov 24, 2020 | 05:30 AM



PARA pekerja sosial telah memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Singapura, terutamanya mereka yang mudah terjejas, mengharungi masa sukar semasa pandemik Covid-19 ini, kata Presiden Halimah Yacob dalam memberi penghargaan kepada golongan itu semalam.



Puan Halimah berkata pandemik ini telah mengganggu kehidupan ramai orang sejak beberapa bulan lalu, dengan masalah seperti keperluan kewangan yang meningkat, pengangguran dan ketegangan keluarga dihadapi sesetengah rakyat, terutamanya mereka yang sudah pun berada dalam keadaan yang terjejas.



Oleh itu, beliau melahirkan rasa gembiranya melihat pekerja sosial terus menyediakan sokongan kepada individu dan keluarga meskipun terdapat had terhadap interaksi fizikal.



Ini lebih-lebih lagi semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan apabila peruntukan khidmat sosial secara fizikal dihadkan untuk kes kritikal.



"Ramai daripada anda memanfaatkan teknologi secara kreatif untuk mengadakan pendekatan yang kerap dan dari jauh dengan klien. Di barisan depan, pekerja sosial menyesuaikan diri kepada langkah keselamatan baru di agensi dan kemudahan kediaman sementara terus menyediakan jagaan kepada klien.



"Peranan anda sebagai pekerja sosial terbukti lebih penting pada masa ini - dengan memberi jagaan dan sokongan kepada mereka yang amat memerlukannya," kata beliau semasa berucap di majlis Anugerah Pekerja Sosial Cemerlang (OSWA) ke-21 yang diadakan menerusi alam maya semalam.



Puan Halimah turut memberi penghargaan kepada pekerja sosial perubatan, termasuk mereka yang bekerja di samping pesakit Covid-19 dan keluarga mereka di barisan depan.



Dalam ucapannya, beliau mengimbas kembali kisah seorang pekerja sosial perubatan yang menghulurkan bantuan dan sokongan menyeluruh kepada pasangan suami isteri yang dijangkiti Covid-19 awal tahun ini.



Isterinya pulih, namun malangnya, suaminya meninggal dunia akibat virus itu.



Puan Halimah berkata seorang pekerja sosial perubatan berada di samping si suami beberapa hari hingga beliau menghembuskan nafas terakhir dan membantu pesakit itu meluangkan detik-detik akhir hayatnya bersama isteri dan anaknya melalui panggilan video.



Kemudian, pekerja sosial perubatan itu juga menyediakan sokongan kematian kepada si isteri dan malah, melakukan lebih daripada tugasnya untuk membuat aturan pengebumian untuk pesakit.



"Tindakan belas kasihan dan berani pekerja sosial itu, seperti ramai daripada kalangan anda, telah membantu individu dan keluarga mengharungi waktu sukar yang luar biasa ini," kata Puan Halimah.



Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana negara ini mempunyai pekerja sosial yang berdedikasi dan berdaya tahan semasa pandemik ini.



"Ini adalah masa yang mencabar untuk anda semua. Namun, ramai daripada anda telah bekerja tanpa mengenal penat dan sanggup lebih bekerja keras .



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja sosial atas komitmen anda, dan juga ahli keluarga anda atas sokongan mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >