Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pekerja sosial prihatin keperluan pesakit dan juga anak

Sempena Hari Bapa kelmarin, BERITA HARIAN menampilkan tiga kakitangan National Healthcare Group (NHG) yang penuh inspirasi – menjadi mentor dan memainkan peranan seorang bapa terhadap rakan sekerja, selain peranan bapa di rumah.
Jun 21, 2022 | 05:30 AM



DARI 8 pagi hingga 5.30 petang, Encik Muhammad Jamaluddin Mustafa, Penolong Kanan Kerja Sosial di Jabatan Penjagaan dan Kaunseling (C&C) di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), akan berinteraksi dengan pesakit HIV di bawah jagaanya.



Pada sebelah malam, dua kali seminggu, beliau akan menuju ke Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk mengikuti pengajian sarjana muda dalam kerja sosial secara sambilan.



Itulah rutin Encik Muhammad Jamaluddin, 35 tahun, sebagai pekerja sosial, memberi kaunseling, sokongan psikososial dan nasihat tentang bantuan yang layak diterima pesakit.



"Ia membuka mata saya, terutamanya mempelajari bagaimana orang yang hidup dengan HIV menghadapi stigma dan keadaan perubatan mereka," kata beliau, yang telah bertugas di NCID selama dua tahun.



Semasa sesi konsultasi bersama pesakit, beberapa pendekatan - sama ada lembut dan perlahan, atau tegas dan profesional - digunakan dengan pesakit yang mungkin memendam rasa atau introvert dan yang mencabar untuk dihadapi.



Gambaran jelas tentang pesakit membantunya membuat keputusan menggunakan teknik yang sesuai untuk melibatkan mereka dengan berkesan.



"Ia menjadi tanggungjawab kami untuk membuat mereka berasa selesa setiap kali mereka datang berjumpa kami," ujarnya.



Berbekal pengalaman itu, Encik Muhammad Jamaluddin menasihati rakan sekerjanya yang lebih muda supaya memantau bahasa gerak-geri, nada suara dan cara mereka menonjolkan diri kepada pesakit.



Di rumah, Encik Muhammad Jamaluddin sentiasa berusaha menjadi pendengar kepada anak-anaknya supaya beliau juga lebih memahami mereka.



"Anak lelaki sulung saya sangat ekstrovert dan selesa berada di sekeliling orang tapi anak perempuan saya sangat introvert dan tidak terlalu mudah menyesuaikan diri dengan orang.



"Jadi, kita perlu belajar menyesuaikan diri dengan personaliti yang berbeza dan menggunakan teknik sesuai dengan keperluan," kata Encik Muhammad Jamaluddin, bapa dua anak berusia tiga dan satu tahun.



Lantaran sibuk, adakala beliau tidak sempat menemui anaknya kerana pulang lewat sehingga ditanyai anak.



Dalam perjalanan sebagai bapa sejak 2019, Encik Jamaluddin banyak menggunakan pengalaman daripada bapanya, berusia 60-an, dalam membesarkan anak.



"Walaupun bapa saya pencari nafkah tunggal bagi keluarga kami enam orang, beliau tidak membuat kami rasa kekurangan," ujarnya.



Beliau akur proses membahagikan masa antara kerja, sekolah dengan tanggungjawab keluarga bukan mudah, seperti dalam musim peperiksaan.



Beliau bersyukur isterinya, Cik Rafidah Kassim, 31 tahun, memahami dan membantunya mengurus kerja rumah dan anak-anak semasa beliau sibuk.



"Melihat bagaimana isteri saya mencurah bakti menjaga anak-anak kami, ia memberi saya motivasi untuk menamatkan pengajian supaya mampu memberi masa depan lebih baik," kata Encik Muhammad Jamaluddin, yang menyifatkan keluarga dan isterinya sebagai tiang sokongan utamanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >