Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan: Untuk pekerja; untuk bekas pesalah

Pekerja sumber luar perlu ada ruang rehat

Dec 10, 2019 | 05:30 AM



PEKERJA sumber luar seperti pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan perlu ada ruang rehat dengan pengudaraan baik dan akses kepada air minum.



Saranan itu dibuat Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) dalam satu Panduan Perikatan mengenai Memperuntuk Kawasan Rehat bagi Pekerja Sumber Luar, yang dibangunkan bersama.



Panduan yang dilancarkan oleh Menteri Negara (Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad di Ikea Alexandra semalam itu, antara lain menetapkan amalan terbaik bagi pembeli dan penyedia khidmat memastikan pekerja sumber luar memiliki kawasan rehat yang sesuai.



Ia bertujuan menggalak syarikat dan pemilik bangunan untuk melayan pekerja dengan sewajarnya.



"Mungkin lebih mudah jika kita menjadikannya (panduan) satu mandat... tetapi berbuat sebegitu tidak mencipta budaya yang diingini.



"Kami ingin memupuk sikap yang menganggap pekerja sumber luar seperti kakitangan sendiri, atau anggota keluarga lebih besar... itulah budaya yang kita mahukan," kata beliau.



Dalam kenyataannya, MOM berkata panduan itu, antara lain, memberi cadangan mengadakan tempat selamat untuk menyimpan barangan, akses kepada air minuman dan kawasan yang mempunyai pengudaraan memadai.



"Kami berharap syarikat dan pemilik bangunan boleh melaksanakan saranan kami ini... Sejak beberapa bulan lalu, kami telah berusaha gigih untuk meneroka cara melaksanakan saranan ini secara praktikal," tambah Encik Zaqy.



Laporan lanjut: Zaqy: 70% tempat kerja sedia kawasan rehat bagi pekerja sumber luar




"Mungkin lebih mudah jika kita menjadikannya (panduan) satu mandat... tetapi berbuat sebegitu tidak mencipta budaya yang diingini. Kami ingin memupuk sikap yang menganggap pekerja sumber luar seperti kakitangan sendiri, atau anggota keluarga lebih besar... itulah budaya yang kita mahukan."
- Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >