Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja tajaka wanita pertama ditahan kerana radikal

Jun 13, 2017 | 05:30 AM



WARGA Singapura Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 tahun, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan ini, menjadikannya wanita pertama ditahan di negara ini kerana menjadi radikal sendiri.



Izzah, yang mempunyai seorang anak kecil, merupakan pekerja kontrak di PCF Sparkletots sebagai penolong penjaga bayi.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata semalam ibu bapa Izzah, kededuanya guru Al-Quran bebas, serta seorang lagi anggota keluarganya mendapat tahu mengenai pos radikal Izzah di Internet pada 2015 dan hasratnya ke Syria tetapi tidak melaporkan Izzah kepada pihak berkuasa.



Sebaliknya, mereka cuba menasihati Izzah sendiri dan gagal memujuknya berubah.



Malah, seorang anggota keluarga Izzah melenyapkan bukti penting mengenai rancangan Izzah mahu menyertai kumpulan pengganas ISIS, menurut kenyataan MHA itu.



MHA semalam menekankan bahawa ancaman pengganasan yang tinggi sedunia dan di Singapura menjadikannya penting sekali bagi anggota keluarga dan rakan melaporkan kepada pihak berkuasa sesiapa yang disyaki menjadi radikal atau merancang kegiatan pengganasan.



Singapura akan menjadi lebih selamat jika anggota keluarga dan rakan berbuat demikian.



Seorang yang menjadi radikal tidak memerlukan masa lama melancarkan serangan, kata MHA.



Serangan pengganasan di beberapa negara dunia baru-baru ini menunjukkan serangan boleh dilakukan dengan mudah menggunakan barang seperti kenderaan dan pisau.



Insiden seperti itu akan menjejas hubungan antara Muslim dengan bukan Muslim di sini dan memecahbelahkan masyarakat.



"Dalam kes Izzah, anggota keluarganya tidak memberitahu pihak berkuasa semasa dia masih lagi muda dan berpotensi dibantu kembali ke pangkal jalan," kata MHA.



Dengan melapor awal, individu yang mempunyai risiko untuk menjadi radikal itu boleh diberi bimbingan dan kaunseling dan tidak semestinya perlu menerima hukuman yang amat berat di bawah undang-undang.



Izzah mula menjadi radikal pada 2013 atau seawal usia 18 tahun akibat propaganda ISIS yang disebar dalam talian.



Izzah membina rangkaian kenalan asing dalam talian, termasuk militan dan penyokong ISIS, antaranya yang terbunuh di Syria atau ditangkap kerana kegiatan berkenaan pengganasan.



Dia juga ingin menyertai ISIS dan giat merancang ke Syria bersama anaknya.



Menurut MHA lagi, Izzah menyokong penggunaan keganasan oleh ISIS untuk menubuhkan dan mempertahankan khalifah yang diisytihar sendiri.



Sejak 2015, Izzah mencari "seorang Salafi atau penyokong ISIS" sebagai pasangan untuk tinggal bersamanya dan anaknya di Syria.



Izzah berkata dia akan menyokong suaminya jika dia berjuang untuk ISIS dan Syria serta percaya dia sendiri akan mendapat "ganjaran di syurga" jika suaminya mati dalam perjuangan.



Dengan status lebih tinggi sebagai "janda kepada suami yang mati syahid", dia percaya dia boleh berkahwin lagi dengan mudah dengan seorang lagi pejuang ISIS di Syria.



Dia juga bersedia menjalani latihan ketenteraan dan berjuang mempertahankan ISIS.



Sejak 2014, Izzah menerbitkan bahan yang menyokong ISIS dalam talian.



Ada platform media sosial Izzah yang dipadam pihak pentadbir kerana mempunyai bahan pro-ISIS tetapi dia mewujudkan akaun yang baru. Pada April lalu, Izzah berkata dengan megah kepada seorang kenalan bahawa pihak berkuasa masih belum mengesannya.



Orang ramai yang mengenali atau mengesyaki seseorang yang menjadi radikal digesa menghubungi hotline Pusat Antipengganasan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dengan segera di 1800- 2626-473 (1800-2626-ISD).



Reaksi pemimpin masyarakat:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >