Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja tidak divaksinasi di tapak binaan perlu pakai pengenal pasti visual

BCA: Peraturan bermula 16 Ogos bagi kawal Covid-19 daripada merebak
Aug 07, 2021 | 05:30 AM



INDIVIDU yang belum menerima vaksinasi Covid-19 dikehendaki memakai pengenal pasti visual apabila memasuki tapak binaan mula 16 Ogos.



Ini adalah sebahagian langkah bagi mengawal koronavirus itu daripada merebak.



Penguasa Pembangunan dan Binaan (BCA) kelmarin berkata keperluan itu juga akan dikenakan ke atas mereka yang belum selesai menerima vaksinasi Covid-19 dan mereka yang vaksinasinya belum mula berkesan, lapor The Straits Times.



Orang-orang sedemikian akan memakai 'pengenal pasti visual unik' setiap masa mereka berada di tapak binaan, kata BCA dalam satu surat yang dihantar kepada persatuan industri.



Surat tersebut tidak menjelaskan jenis pengenal pasti visual yang akan digunakan, tetapi contoh pengenal pasti visual yang dipakai pengunjung atau kontraktor kecil yang berkunjung ke tapak binaan termasuk rompi berwarna dan pelekat pada topi keledar.



Pegawai yang menjaga keselamatan di tapak binaan juga harus memastikan mereka memeriksa status vaksinasi seseorang sebelum mereka dibenarkan memasuki tapak tersebut.



Mereka juga harus mengawasi individu yang tidak divaksinasi dengan rapat ketika mereka berada di tapak itu dan memastikan mereka mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.



Langkah-langkah itu diperkenal ditengah-tengah jangkitan baru Covid-19 dalam kalangan pekerja pembinaan, sebahagian daripadanya juga merupakan kelompok jangkitan.



Awal minggu ini, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan kelompok yang dikaitkan dengan syarikat binaan Kian Hiap Construction.



"Terdapat kes jangkitan baru Covid-19 di Singapura yang melibatkan pekerja daripada sektor binaan," kata BCA.



"Oleh kerana tapak binaan dikunjungi pekerja yang disahkan positif Covid-19, BCA telah mengarahkan pekerjaan di tapak-tapak binaan itu dihentikan agar ia dapat dinyahjangkit dan kontraktor yang berkaitan dapat mengkaji dan memperketat rancangan mereka agar langkah-langkah pengurusan selamat dilaksana di tempat kerja," tambahnya.



Ia turut menggesa industri tersebut supaya tetap berwaspada untuk meminimumkan potensi risiko penyebaran koronavirus itu di tapak binaan.



Syarikat juga harus menimbangkan mengambil langkah tambahan untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 di tapak binaan mereka, kata BCA.



Ini termasuk mengadakan rejim ujian pantas antigen (ART) untuk melengkapi rejim ujian rutin yang sudah pun dilaksana sekarang.



BCA berkata di lamannya bahawa tapak binaan akan diberi kit ujian ART secara percuma selama tempoh perintis, dan latihan penyeliaan ART pada masa ini ditawarkan pada kadar subsidi.



Pada 8 Julai lalu, BCA berkata ia telah bekerjasama dengan sektor binaan dan merintis ART di lebih 50 tapak binaan sejak 31 Mei.



Sebanyak 7,000 ujian ART telah dilakukan di tapak-tapak binaan itu.



Pihak berkuasa itu juga mengesyorkan agar syarikat memisahkan pekerja yang tinggal di dormitori berdasarkan projek yang mereka lakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >