Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerjaan ekonomi gig seperti Uber, Deliveroo berisiko bagi pekerja: Tharman

Oct 26, 2016 | 09:33 AM



KEBANGKITAN firma teknologi seperti Uber dan Deliveroo telah mencipta berpuluh ribu pekerjaan di seluruh dunia, tetapi Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam bimbang ia tidak menyediakan manfaat yang pekerja biasa nikmati.



Pekerja sambilan yang memandu kereta atau menghantar makanan untuk mendapat upah dalam apa yang dipanggil sebagai 'ekonomi gig' biasanya pekerja kontrak bebas, oleh itu mereka tidak mendapat faedah seperti penjagaan kesihatan.



Encik Tharman berkata ini satu trend yang perlu diperiksa dengan lebih dekat.



"Saya belum menjadi penggemar ekonomi gig," kata beliau dalam sesi dialog pada Forum Inovasi McKinsey di pusat konvensyen Suntec pada Selasa (25 Okt). Beliau berbicara dengan rakan pengurusan global McKinsey & Company, Encik Dominic Barton.



"Sesetengah orang berada dalam apa yang digambarkan sebagai ekonomi gig kerana mereka tiada pilihan sebab tidak dapat pekerjaan sepenuh masa, mereka tidak boleh mendapatkan pekerjaan terjamin. Ini sesuatu yang perlu ditangani di mana-mana," kata Encik Tharman.



Tambahan pula, pengambilan pekerja kontrak "menjaga kepentingan syarikat kerana mereka sebenarnya meletak risiko ke atas pekerja kontrak dan saya tidak fikir itu satu model sosial hebat", kata beliau.



"Kita harus mengelakkan aliran berterusan - risiko dipindahkan oleh syarikat kepada pekerja, yang sebenarnya tidak boleh mengambil banyak risiko - risiko ketakmantapan gaji, dan risiko tidak bersedia untuk bersara kerana kekurangan caruman keselamatan sosial."



Komen Encik Tharman menggambarkan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam laporan MC-Kinsey, yang diterbitkan bulan ini, yang menyatakan pekerjaan seumur hidup di sebuah syarikat kini sudah tidak diamal lagi.



Bagaimanapun, ia menambah bahawa sedang kebangkitan ekonomi gig boleh mencipta keuntungan ekonomi, ia juga menimbulkan persoalan mengenai faedah, jaminan pendapatan dan perlindungan pekerja.



Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras Ekonomi dan Sosial Dasar, berkata peranan Pemerintah, sedang ia mengemudi masa depan pekerjaan, ialah membantu mempercepatkan pemindahan kemahiran dan pengetahuan di semua syarikat, besar mahupun kecil.



Pekerja juga perlu memikirkan tentang cara menambah keupayaan mereka dengan teknologi, tambah Encik Tharman.



"Pekerjaan masa depan, pekerjaan paling bermanfaat, akan merupakan pekerjaan yang melibatkan pemikiran dan pembuatan, pemikiran dan mereka, berada di lantai pengeluaran serentak pada masa anda memimpin strategi dalam sesebuah pertubuhan.



"Dan ini sedang berlaku di pelbagai jenis sektor. Jadi ada banyak sifat berubah-ubah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >