Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI MENJAMIN PEKERJAAN DAN SARA HIDUP WARGA SERTA DASAR BAKAT ASING

Pekerjaan PMET setempat naik lagi tinggi berbanding PMET asing

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



SEDANG jumlah pekerjaan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) asing naik sebanyak 110,000 tahun lalu berbanding 2010, jumlah PMET setempat pula naik sebanyak 300,000 dalam tempoh yang sama.



Kadar pengangguran PMET setempat juga kekal rendah - sekitar 3 peratus ke bawah rata-ratanya atau bawah 1 peratus bagi kadar pengangguran jangka panjang.



Ini dinyatakan Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng di Parlimen semalam semasa membahaskan tentang isu pekerjaan dan bakat asing.



Dr Tan memberi perangkaan itu untuk membidas hujah yang dibuat oleh Parti Kemajuan Singapura (PSP) tentang isu PMET asing.



"Parti Kemajuan Singapura (PSP) memberi tumpuan pada jumlah PMET asing yang meningkat untuk mendakwa bahawa warga setempat digantikan (PMET asing) atau tidak dapat menyaingi mereka.



"Mereka memberi gambaran warga setempat digantikan (pekerja asing) secara meluas berdasarkan anekdot namun bagaimana sebenarnya keadaan PMET setempat?" ujar Dr Tan.



Hakikatnya, beliau berkata data yang kerap dikeluarkan pemerintah menunjukkan bahawa sedang jumlah PMET asing, yang termasuk pemegang Pas S dan Pas Pekerjaan EP, naik jumlah PMET setempat telah naik lebih tinggi



Jumlah kerja kosong bagi jawatan PMET pula terus bertambah sejak 2010, dengan lebih 25,000 jawatan kosong sepanjang lima tahun lalu.



"Sekiranya setiap warga asing (yang dapat kerja) menyebabkan satu peluang kerja berkurangan bagi warga setempat, kenapa masih ada banyak jawatan yang tidak diisi?" ujar Dr Tan.



Sementara itu, gaji median PMET setempat turut meningkat sebanyak 38 peratus daripada $4,600 pada 2010 kepada $6,300 tahun lalu.



Dalam ucapannya, Dr Tan berkata Singapura melakarkan dasar tenaga kerja asingnya untuk memastikan agar warga asing yang datang ke negara ini untuk bekerja dapat melengkapi tenaga kerja setempat di semua peringkat.



Oleh itu, tumpuan tidak harus diberi kepada jumlah PMET asing di sini tetapi keadaan PMET setempat di sini juga.



Dr Tan menarik perhatian bahawa perkara terbaik yang boleh dilakukan bagi warga negara ini ialah untuk terus melabur dalam bakat setempat serta membantu mereka menyesuaikan diri dan bersaing, bukan menyasarkan PMET asing di sini.



Seorang lagi NCMP dan anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa, memberi gambaran bahawa dengan bekalan pekerja yang ketat, ini akan meningkatkan daya penghasilan dan pertumbuhan gaji lebih tinggi bagi warga Singapura.



Namun, Dr Tan berkata: "Pasaran pekerja yang ketat juga boleh menyebabkan kita kehilangan peluang dan peluang untuk mengantarabangsa.



"Ini boleh menyebabkan kita kehilangan pekerjaan dan pertumbuhan gaji dalam jangka masa panjang," kata Dr Tan.



Sebagai negara kecil yang tidak mempunyai sumber semula jadi, terdapat kesan yang teruk jika negara ini bersikap tertutup, kehilangan tarikannya sebagai hab serantau dan menyebabkan syarikat meninggalkan negara ini bersama pekerjaan yang diciptanya.



Malah tambahnya, 10 syarikat berbilang negara (MNC) terbesar di sini sahaja mewujudkan sekitar 30,000 pekerjaan PMET setempat dan jika mereka memutuskan mahu meninggalkan Singapura, ini boleh menyebabkan negara ini kehilangan lebih banyak pekerjaan daripada mendapatkannya semula.



"Saya tahu warga Singapura secara umumnya pragmatik dan memahami bahawa kita perlu bersikap terbuka kepada bakat global dan terus terhubung.



"Namun ada di antara mereka rasa kecewa melihat warga asing mendapat pekerjaan walaupun warga asing itu tidak dapat melakukan pekerjaan tersebut sebaik seorang warga Singapura atau kerana beliau mengenali pengurus yang mengambilnya bekerja.



"Kami tahu ini berlaku dan sebab itulah dalam dasar tenaga kerja asing kami, kami sentiasa menyesuaikannya untuk memastikan bahawa warga asing melengkapi dan bukan menggantikan warga setempat, serta mengukuhkan langkah terhadap amalan bersifat diskriminasi," ujar Dr Tan.



Dr Tan juga memberi respons kepada usulan NCMP dan seorang lagi anggota PSP, Encik Leong Mun Wai, untuk melindungi jawatan pengurusan bagi warga Singapura.



Dr Tan berkata pemerintah membantu warga Singapura untuk naik pangkat bukan dengan melindungi mereka, tetapi dengan memperkasa mereka dengan kemahiran.



"Apabila syarikat ditubuhkan di sini, adalah dapat difahamkan bahawa mereka mungkin perlu membawa pengurusan kanan untuk menyelia perniagaan di sini.



"Jika kita melindungi jawatan pengurusan tinggi bagi warga Singapura dan syarikat memutuskan supaya tidak melabur di sini kerana sebab itu, kita akan kehilangan pekerjaan baik bagi warga Singapura, dan peluang bagi mereka untuk meraih jawatan itu pada masa depan.



"Saya bimbang PSP membuat seruan bagi dasar yang bukan sahaja tidak berfikiran panjang, tetapi bersikap berlindung, dan ini akan membahayakan Singapura," kata Dr Tan.




"Saya tahu warga Singapura secara umumnya pragmatik dan memahami bahawa kita perlu bersikap terbuka kepada bakat global dan terus terhubung.

"Namun ada di antara mereka rasa kecewa melihat warga asing mendapat pekerjaan walaupun warga asing itu tidak dapat melakukan pekerjaan tersebut sebaik seorang warga Singapura atau kerana beliau mengenali pengurus yang mengambilnya bekerja.

"Kami tahu ini berlaku dan sebab itulah dalam dasar tenaga kerja asing kami, kami sentiasa menyesuaikannya untuk memastikan bahawa warga asing melengkapi dan bukan menggantikan warga setempat, serta mengukuhkan langkah terhadap amalan bersifat diskriminasi.''

- Dr Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >