Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DENGAR PODCAST: CAKAP MASJID

Pekerti Rasulullah: 'Bukan cinta biasa-biasa'

Nov 10, 2019 | 05:30 AM



ANTARA cara untuk umat Islam menunjukkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad saw ialah dengan mencontohi akhlak mulia Baginda, bukan sahaja sebagai hamba Allah swt bahkan semasa melayan keluarga, jiran dan orang di kelilingnya, termasuk golongan bukan Islam.



Meskipun terdapat pelbagai cara lain untuk menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah saw, Ustazah Zhahirah Mohd Saleh berkata langkah mencontohi akhlak Baginda semasa berhubungan dengan orang di kelilingnya itu adakalanya kurang diketengahkan.



Malah menurut Ustaz Muhammad Fadhlullah Daud, akhlak Nabi saw dikatakan seperti Al-Quran dan ini menunjukkan bahawa akhlak Baginda sempurna dan tiada cacat celanya.



"Tindak-tanduk Nabi saw dan kelakuannya sempurna bagi setiap situasi.



"Bahkan apabila orang melemparkan najis atau meletakkan duri di jalannya pun Baginda tidak pernah membalas perbuatan itu," ujar beliau.



Sedang umat Islam menyambut bulan Rabiulawal, Ustazah Zhahirah dan Ustaz Muhammad Fadhlullah berkongsi tentang apa yang boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah saw dalam podcast Berita Harian (BH) 'Cakap Masjid' dengan kerjasama Rangkaian Belia Asatizah (AYN).



Bersama hos 'Cakap Masjid', koresponden BH, Cik Shahida Sarhid, episod 'Cakap Masjid' yang diterbitkan pada 3 November itu turut mengupas sikap Rasulullah saw yang sentiasa bersedia memaafkan.



Episod yang dinamakan Bukan cinta biasa-biasa itu boleh didengar menerusi aplikasi Spotify.



Antara akhlak mulia yang umat Islam digalak ikuti ialah sifat Rasulullah saw yang sentiasa bersedia memaafkan orang di kelilingnya.



Oleh itu, Ustaz Muhammad Fadhlullah menganjurkan kita memaafkan orang yang mungkin telah berbuat salah kepada kita - baik sengaja mahupun tidak sengaja - sebelum tidur, semampu yang boleh.



Podcast 'Cakap Masjid' bertujuan membincangkan isu-isu sosio-agama berkaitan masyarakat Melayu/Islam setempat.



Orang ramai juga boleh menikmati semua episod Cakap Masjid menerusi pautan http://bit.ly/CakapMasjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >