Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelabuhan Jurong buka akademi latihan persiap tenaga kerja sedia hadapi masa depan

Jan 20, 2017 | 10:59 AM



PENGENDALI pelabuhan pelbagai guna Pelabuhan Jurong telah melancarkan akademi latihan baru bagi meningkatkan kemahiran pekerja pelabuhan.



Dibuka pada Jumaat (20 Jan), Akademi Pelabuhan Jurong di Institut Devan Nair bagi Pekerjaan dan Kebolehgajian (e2i) di kawasan Jurong Gateway adalah sebahagian daripada usaha Pelabuhan Jurong "mewujudkan tenaga kerja yang sedia untuk masa hadapan".



Kemudahan bernilai $2.8 juta itu, yang menampilkan penggunaan simulator, akan melatih dan mengiktiraf profesional pelabuhan dari Pelabuhan Jurong dan syarikat kuli pelabuhan tempatan untuk menggunakan penjenteraan pelabuhan terbaru dan teknologi automasi terkini.



"Dengan pekerja berada di tengah-tengah operasi pelabuhan, tenaga kerja berteraskan teknologi boleh beralih daripada tugas-tugas rutin dan intensif buruh kepada memberi tumpuan pada aktiviti yang mempunyai kegiatan nilai tambah yang produktif lebih tinggi," kata Pelabuhan Jurong dalam satu kenyataan.



Selain premis Akademi di e2i, Pelabuhan Jurong telah membina sebuah kawasan latihan khusus dalam kawasan pelabuhan untuk pekerja bagi menjalankan latihan peralatan amali.



"Akademi Pelabuhan Jurong adalah satu komponen penting dalam usaha kami mengubah industri pelabuhan pelbagai guna, membolehkan masa depan yang mampan kepada semua peserta industri, pengguna pelabuhan, pembekal perkhidmatan pemunggahan dan Pelabuhan Jurong sendiri, dengan wawasan menjadi pengendali pelabuhan pelbagai guna bertaraf dunia," kata Ketua eksekutif Pelabuhan Jurong, Encik Ooi Boon Hoe.



Penubuhan Akademi Pelabuhan Jurong melibatkan rundingan dengan agensi pemerintah seperti Lembaga Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (MPA), yang juga menyediakan dana membiaya projek itu.



Ketua Eksekutif MPA Andrew Tan berkata inisiatif Pelabuhan Jurong Port itu adalah 'tepat pada masanya' sedang Singapura menyediakan tenaga kerja dengan set kemahiran baru yang tidak hanya relevan bagi masa depan, malah akan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kebolehpercayaan pelabuhan kita."



"Pelabuhan Singapura perlu terus kekal di hadapan persaingan dan terus berkembang dari kekuatan untuk kekuatan, sambil terus menyediakan peluang pekerjaan yang baik dan mengekalkan peranan utama dalam ekonomi Singapura," katanya.



Tahun lepas, terminal tempatan dan luar negara pelabuhan Jurong mengendalikan hampir 35 juta tonsnes kargo am dan pukal, serta 560,000 TEU (dua puluh kaki unit bersamaan) kargo kontena.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >