Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelabuhan SG sedia tangani tunggakan kapal

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) sedia tangani tunggakan berikutan halangan di Terusan Suez
Apr 13, 2021 | 05:30 AM



PELABUHAN di sini bersiap sedia untuk menangani tunggakan penghantaran yang disebabkan oleh halangan di Terusan Suez bulan lalu, dengan banyak kapal menuju ke arah ini.



Ketua eksekutif Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Cik Quah Ley Hoon semalam berkata lebih banyak pekerja telah dikerahkan untuk menangani kenaikan trafik yang dijangkakan itu, dan syarikat perkapalan sedang dimaklumkan tentang ketersediaan tempat berlabuh supaya mereka dapat merancang jadual mereka dengan lebih baik.



"Kami melakukan yang terbaik dari segi tempat berlabuh, jentera, peralatan dan tenaga kerja untuk bekerja dengan talian penghantaran untuk menyelesaikan tunggakan apabila mereka tiba di Singapura. Sejauh ini, kapal-kapal masih dalam perjalanan," katanya, sambil menambahkan tidak dapat dipastikan bila tunggakan itu dapat diselesaikan.



Singapura adalah pelabuhan hab yang berkait rapat dengan Terusan Suez, menghubungkan Eropah, Timur Tengah dan Asia.



Berikutan halangan lima hari itu, kapal-kapal yang tertunda dan kapal-kapal yang menyusul terkumpul dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk mempercepat proses penyelesaian tunggakan.



The Straits Times telah bertanya kepada pihak berkuasa tentang bilangan kapal yang ia jangka akan berlabuh di sini, serta berapa ramai pekerja lagi yang diperlukan untuk memastikan trafik mengalir, dan sedang menunggu jawapan.



Cik Quah bercakap di taklimat media menjelang Minggu Maritim Singapura yang akan diadakan minggu depan, yang akan melihat tokoh utama kelautan antarabangsa dan tempatan menangani isu-isu penting bagi industri itu dalam dunia pasca wabak.



Bertemakan "New Frontiers, Shifting Paradigms", acara itu akan berlangsung dari 19 hingga 23 April, dengan memberi tumpuan kepada pendigitalan dan cara terbaik untuk menarik bakat muda, serta usaha berterusan industri itu untuk mengurangkan pelepasan karbon.



Penceramah utama termasuk setiausaha agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa Kitack Lim, pengarah global perubahan iklim Bank Dunia Bernice van Bronkhorst dan presiden Cargill Ocean Transportation Jan Dieleman. Lebih 6,000 orang dijangka mengikuti atau menghadiri majlis tersebut.



Kegiatan pelabuhan Singapura tidak terlalu terjejas oleh Covid-19 seperti sektor penerbangannya, dengan kegiatan limbungan kapal segera pulih ke 70 peratus hingga 80 peratus daripada tahap sebelum Covid-19 dalam masa dua bulan selepas gangguan tersebut.



Tenaga kerja yang berkurangan, bagaimanapun, masih menghalangnya daripada mendapatkan kembali kapasiti penuh.



Encik Simon Kuik, presiden Persatuan Industri Kelautan Singapura, yang juga berada di acara semalam, berkata sekitar 30 peratus tenaga kerja maritim meninggalkan negara ini semasa pandemik itu, memaksa syarikat untuk bergantung kepada kumpulan pekerja tempatan dan migran yang lebih kecil.



"Untuk pulih ke 100 peratus itu, kita memerlukan bilangan pekerja dalam tenaga kerja kita untuk (meningkat)," katanya.



Satu lagi cabaran yang dihadapi industri itu adalah peningkatan kos operasi, yang termasuk kos vaksinasi dan langkah pencegahan lain untuk menghalang penularan baru koronavirus itu.



Sejauh ini, sekitar 99 peratus pekerja barisan depan industri kelautan telah diberi vaksin, sementara yang lain yang tidak semestinya menaiki kapal juga bersiap sedia untuk menerima suntikan.



Cik Caroline Yang, presiden Persatuan Perkapalan Singapura,berkata: "Premium insurans telah meningkat sedikit. Anda harus memberi gaji yang lebih tinggi kepada anak kapal untuk datang dan berada di atas kapal jadi itu juga telah menambah kepada kos.



"Covid-19 juga tidak begitu mudah untuk perubahan anak kapal. Kosnya sangat membingungkan tetapi kami memutuskan yang kami perlu melakukannya, untuk memastikan kru dapat pulang dan kapal terus bergerak. "



Cik Quah berkata pandemik dan halangan Terusan Suez telah menumpukan perhatian kepada industri itu.



"Semasa pandemik itu, pelabuhan kekal terbuka supaya rantai bekalan global kekal utuh untuk barangan dan muatan diangkut dari satu negara ke negara lain. Kami telah menyaksikan pentingnya pelabuhan dan perkapalan dan peranan penting yang dimainkan oleh pekerja pelabuhan dan kakitangan kelautan, "katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >