Sejumlah 37.3 juta unit kontena berukuran biasa 20 kaki (TEU) telah melalui pelabuhan Singapura pada 2022, sedikit penurunan sebanyak 0.7 peratus daripada rekod tertinggi 37.6 juta TEU pada 2021.
Ini adalah bilangan kontena kedua tertinggi yang direkodkan walaupun terdapat penurunan 3 hingga 4 peratus dalam perdagangan kontena global pada tahun lalu.
Ini bersamaan 577.7 juta tan kargo yang dikendalikan di negara ini, menurut angka terkini yang dikeluarkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Jumaat (13 Jan).
Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, berkata keseluruhan jumlah dagangan dan kontena telah terjejas teruk oleh kelembapan dalam pengeluaran dan penggunaan dalam ekonomi utama dunia.
Namun Pelabuhan Singapura kekal berdaya tahan, katanya.
Berucap di acara Perbincangan Tahun Baru Yayasan Maritim Singapura pada Jumaat, Encik Chee berkata:
“Yang penting, kita mengekalkan kedudukan kita sebagai pelabuhan pemindahan/pemunggahan terbesar di dunia.
“Dan semasa pandemik (Covid-19), kita telah meningkatkan ketersambungan Singapura dan mengukuhkan kedudukan kita sebagai pelabuhan utama bagi syarikat perkapalan, menyumbang kepada daya tahan rantaian bekalan global.”
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Pelabuhan S’pura kendali bilangan kontena kedua tertinggi pada 2022 walau perdagangan kontena global merosot
Jan 13, 2023 | 08:35 PM