Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelabuhan Tuas jentera penting pacu ekonomi SG: PM Lee

Sep 02, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK tiga tempat kapal berlabuh kini beroperasi di Pelabuhan Tuas, dijangka menjadi pelabuhan terbesar di dunia dilengkapi kemudahan automasi sepenuh apabila ia siap menjelang tahun 2040-an.



Terdapat sekitar 500 orang yang sedang bekerja di situ.



Dengan kebanyakan kerja dilakukan mesin tanpa pengendali menerusi tenaga elektrik lebih mesra alam, kemudahan bernilai $20 juta itu bakal menjadi pengubah atau "game-changer" operasi rantaian bekalan dan pelabuhan Singapura, kata PSA semasa majlis perasmian pelabuhan itu semalam.



Kemudahan itu akan berupaya menampung sebanyak 65 juta kontena berukuran biasa 20 kaki (TEU), menjadikannya pelabuhan terbesar di dunia dan merupakan peningkatan satu pertiga kapasiti sedia ada di sini - lebih besar pelabuhan pesaing di Shanghai, Hong Kong dan Amsterdam.



"Hari ini menandakan permulaan era baru yang menarik," kata Encik Peter Voser, pengerusi kumpulan PSA International.



"Pelabuhan Tuas adalah tempat di mana kami dapat menjadikan potensi Singapura sebagai sebuah hab perdagangan kepada seluruh dunia satu kenyataan."



Berucap semasa majlis pembukaan semalam, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata Pelabuhan Tuas akan menjadi enjin kritikal dalam memacukan ekonomi Singapura serta menegaskan lagi statusnya sebagai sebuah pusat maritim antarabangsa dan membolehkan industri berkaitan seperti kewangan perkapalan, insurans marin, undang-undang lautan dan lain-lain lagi bermaju bersama.



LAPORAN SELANJUTNYA: Pelabuhan Tuas berupaya tampung kapal terbesar dunia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >