Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelaburan guna wang CPF terjejas oleh kejatuhan pasaran sejagat

Nov 27, 2015 | 11:07 AM



PRESTASI pelabur yang menggunakan wang daripada dana Skim Pelaburan CPF (CPFIS) sekali lagi lemah pada suku ketiga tahun ini.


Pelaburan itu merosot disebabkan pasaran global menjunam akibat kejatuhan pasaran saham China dan ketidaktentuan kenaikan kadar faedah seterusnya Simpanan Federal Amerika Syarikat, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (27 Nov).


Firma penyelidik Lipper, yang memantau prestasi semua dana CPFIS, berkata prestasi keseluruhan dana itu merosot 6.4 peratus dari Julai hingga September.


Unit amanah dalam skim tersebut memberi pulangan negatif 7.1 peratus manakala produk insurans berkaitan pelaburan (ILP) turun 5.9 peratus.


Kecuali dana bon dan pasaran wang termasuk CPFIS, yang mencatat pulangan positif 1.2 peratus dan 0.2 peratus, dana dalam semua kategori aset lain dalam aset ekuiti dan campuran jatuh 8.9 peratus dan 4.1 peratus.


Prestasi keseluruhan itu konsisten dengan trend dalam pasaran global.


Bagi tempoh 12 bulan hingga 30 September lalu, dana termasuk CPFIS mencatat pulangan negatif 0.5 peratus secara purata.


Bagaimanapun, dari segi jangka panjang, prestasi keseluruhan lebih baik bagi tempoh tiga tahun hingga 30 September - dana termasuk CPFIS melaporkan pertumbuhan 19.3 peratus secara purata, hasil keuntungan 22.4 peratus daripada unit amanah dan 17.4 peratus daripada ILP.


Ketua Eksekutif firma penasihat kewangan Providend, Encik Christopher Tan, menasihatkan pelabur runcit supaya mengambil pandangan pelaburan jangka panjang dan tidak membuat keputusan berdasarkan keputusan dua suku lalu.


"Pasaran melalui pusingan... Pada jangka panjang, pasaran umumnya meningkat oleh itu kita tidak perlu melihat prestasi tiga bulan dan setengah tahun pasaran.


"Jika anda telah memilih unit amanah dan percaya pada asas-asas negara atau sektor yang wang itu dilaburkan, anda perlu kekal melabur dan tidak membiarkan pulangan jangka pendek memberi kesan kepada anda," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >