Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelaburan hartanah wadah penting jana pendapatan

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



ASPIRASI untuk menumbuhkan aset atau asset progression untuk meraih keuntungan lebih merupakan sesuatu yang perlu dimiliki anggota masyarakat.



Pelaburan melalui hartanah yang berkembang ini penting demi menjana pendapatan dalam jangka masa panjang.



Namun, ada kalanya peluang ini terjejas apabila pemilik hartanah terlalu 'sayang' akan rumah mereka dan enggan melabur terhadap hartanah yang lain dan menambah nilai aset yang dimiliki.



Demikian menurut pandangan Pengarah Divisyen Bersekutu PropNex Realty, Encik Nizam Adli, dalam satu podcast #NoTapis terbitan Berita Harian.



"Apakah objektif atau keutamaan kita dalam membeli hartanah? Asset progression ini penting dalam jangka masa panjang.



"Pelaburan hartanah merupakan wadah penting untuk jana pendapatan, untuk anak-anak dan juga persaraan. Tapi jika kita terlalu ikutkan emosi, ini akan menjejas aspirasi atau peluang untuk mengembangkan aset," katanya.



Namun, Encik Nizam berkata ramai anggota masyarakat yang semakin sedar akan pentingnya langkah tersebut.



Menurutnya, pemilikan hartanah biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat.



"Peringkat pertama biasanya apabila pasangan itu baru berkahwin dan membeli flat BTO, kedua apabila gaji naik, aset yang dimiliki juga akan berkembang, mungkin beli kondo dan sebagainya.



"Ketiga, pada usia 55 tahun sebelum bersara, aset apa yang ingin anda miliki, itu yang biasanya saya akan tanya kepada pelanggan. Kebanyakannya saya akan sarankan, harus ada 'target' hartanah berhalaman pada usia itu," ujarnya.



Namun, beliau menambah keputusan itu harus dipertimbangkan berdasarkan tangga gaji, kemampuan dan juga keutamaan keluarga.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang langkah wajar yang boleh dilakukan pemilik rumah, anda boleh dengar terus podcast ini di pelbagai wadah dalam talian.



Ini termasuk mencari podcast #NoTapis di Spotify, Google dan Apple.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >