Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar 16 tahun Sekolah Tinggi River Valley akan didakwa bunuh rakan sekolah 13 tahun hari ini

Polis: Kapak ditemui di tempat kejadian, dua pelajar itu tidak kenal satu sama lain
Jul 20, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pelajar lelaki berusia 16 tahun di Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) akan didakwa membunuh rakan sekolah berusia 13 tahun hari ini.



Sebilah kapak ditemui di tempat kejadian, kata polis yang berkata pelajar berusia 16 tahun itu telah ditangkap semalam.



Siasatan awal menunjukkan kededua pelajar warga Singapura itu tidak mengenali satu sama lain.



Dalam kenyataannya, polis berkata ia menerima satu panggilan kecemasan di RVHS di 6 Boon Lay Avenue sekitar 11.40 pagi semalam.



Setibanya di situ, pegawai polis menemui pelajar lebih muda itu terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas dengan beberapa kesan luka.



"Remaja berusia 13 tahun itu didapati meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik SCDF (Pasukan Pertahanan Awam Singapura).



Siasatan sedang diteruskan, kata polis.



Ia berkata remaja berusia 16 tahun itu akan dikenakan tuduhan membunuh di mahkamah hari ini, dengan tujuan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman remaja itu bagi menjalani penilaian psikiatri.



Mengulas tentang insiden itu semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, melahirkan keprihatinan terhadap keluarga mangsa dan berkata Kementerian Pendidikan (MOE) sedang memberi bantuan kepada mereka dan juga pelajar serta kakitangan RVHS.



"Kami semua rasa terkejut selepas menerima berita berkaitan insiden sedih ini di Sekolah Tinggi River Valley pagi tadi (semalam).



"Kami sedang bekerjasama dengan rapat bersama Pasukan Polis Singapura mengenai siasatan itu dan kededua pihak akan berkongsi butir lanjut berkaitan kes itu kelak.



"Keselamatan dan kebajikan pelajar dan kakitangan kami adalah satu keutamaan bagi kami," kata Encik Chan, yang juga mengunjungi sekolah itu semalam.



Dalam satu kenyataan bersama, MOE dan RVHS berkata ia sedang memberi sokongan penuh kepada keluarga mangsa.



"Sekolah juga telah mendekati pelajar, ibu bapa dan kakitangan untuk menawarkan sokongan kaunseling dan bantuan tertentu demi menjaga kebajikan mereka."



Menurut The Straits Times, bapa seorang pelajar menengah satu di RVHS berkata beliau bergegas pergi ke sekolah selepas anaknya memberitahu beliau pada sekitar 11.50 pagi ada orang membawa kapak di sekolah.



Sebuah van siasatan dan empat kenderaan polis, serta sebuah ambulans dilihat di premis RVHS sekitar 1 petang.



Difahamkan pintu masuk belakang sekolah itu ditutup tetapi pelajar dibenarkan keluar selepas 2 petang. Pelajar lain berhimpun di dewan sekolah untuk menerima taklimat daripada kakitangan sekolah.



RVHS dihadiri pelajar berusia 12 hingga 18 tahun kerana ia menawarkan Program Bersepadu yang membolehkan pelajar terus menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' tanpa menduduki GCE peringkat 'O.'



Menulis di Facebook, Menteri Pendidikan Kedua Dr Maliki Osman menggesa pihak awam supaya bersikap sensitif, menghormati mereka yang terjejas dan elak mengutarakan spekulasi.




"Kami semua rasa terkejut selepas menerima berita berkaitan insiden sedih ini di Sekolah Tinggi River Valley pagi tadi (semalam). Keselamatan dan kebajikan pelajar dan kakitangan kami adalah satu keutamaan bagi kami."
- Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >