Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar 17 tahun terpengaruh melalui kumpulan media sosial pro-ISIS

Apr 30, 2023 | 08:56 PM



DANIEL (bukan nama sebenar) telah disiasat, diberi amaran dan kaunseling agama selepas dia merosakkan gambar Presiden Halimah Yacob dan kemudian menggalak anggota ISIS agar memenggal kepala pemimpin itu kerana menyokong Singapura yang dianggapnya sebuah negara kafir.

Meskipun selepas kali pertama disiasat semasa berusia 15 tahun, Daniel masih taat dan terus menonton video ISIS kerana fikirnya, mengkhianati ISIS bak mengkhianati Islam, kata Daniel dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian (BH).

“Saya terus percaya bahawa ISIS melindungi rakyat di Syria.

“Video oleh ISIS menunjukkan masyarakat di bawah mereka jalani kehidupan yang baik dan saya fikir apa salahnya dan mengapa ISIS perlu dihentikan sekiranya mereka lakukan perkara yang baik,” jelasnya.

Daniel yang mengakui dirinya tidak menghadiri sebarang kelas agama dan tidak menunaikan ibadah solat Jumaat secara kerap atau solat di rumah sebelum berusia 14 tahun, kemudian cuba berbual dengan sesetengah rakannya dan berkongsi video berkaitan ISIS di media sosial untuk cuba meyakinkan mereka tentang pengetahuannya mengenai ISIS.

Namun rakan-rakannya tidak berminat. 

Daniel yang kini seorang penuntut di sebuah institut pendidikan setempat menceritakan bahawa dia mula menjadi radikal selepas diperkenalkan menerusi dalam talian asing oleh seseorang yang memperkenalkannya kepada kumpulan media sosial yang pro-ISIS.

“Saya rasa bangga kerana diberi akses kepada platform perbualan privet serta kandungan eksklusif mereka.

“Saya berasa ‘cool’ dan ini menjadikan saya seperti “yang terpilih”,” ceritanya yang masih bujang.

Baginya, ISIS adalah sebuah kumpulan hebat yang berjuang demi Islam dan keganasan yang dilakukannya terhadap penentangnya boleh diterima.

Sokongannya diperkukuh apabila dia melihat ayat-ayat suci Al-Quran digunakan bagi mewajarkan tindakan mereka itu.

Dia juga terpesona dengan kualiti video yang disaksikannya yang dihasilkan dengan amat baik termasuk kesan bunyinya.

Pada September 2017, dia telah merosakkan gambar presiden Halimah Yacob dan menggalak anggota ISIS agar memenggal kepala presiden itu kerana menyokong Singapura yang dianggapnya sebagai kafir.

Dia ingin menunjukkan sokongannya kepada ISIS dan menunjukkan bahawa dia seorang penyokong ISIS. 

Daniel kemudian ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2020 semasa usianya 17 tahun.

Semasa penahanannya, Daniel didampingi secara kerap oleh pihak berkepentingan pemulihan, termasuk sesi bulanan oleh kaunselor agamanya daripada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).

Dia mendapat bimbingan daripada seorang anggota RRG yang membimbingnya mengenai sasaran peribadinya selain memberi motivasi kepadanya.

Selain itu, dia juga buat persiapan untuk meneruskan pendidikannya dan menduduki Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘N’ dan menerima sokongan meluas daripada para sukarelawan RRG yang juga guru terlatih MOE.

Dia meraih kemajuan hebat dalam kelakonan akademiknya dan meraih keputusan baik dalam peperiksaannya.

Dia juga bertambah rapat dengan anggota keluarganya yang melawatnya secara kerap semasa dalam tahanan dan menyokong dalam pemulihannya.

“Menerusi persoalan yang diaju para pegawai ISD, ia semakin jelas kepada saya bahawa apa yang saya lakukan adalah salah. Saya sedar saya silap pemahaman.

“Pada masa itu saya rasa bodoh kerana terus menyokong ISIS apabila saya sepatutnya berhenti selepas kali pertama diberi amaran,” katanya yang kini tinggal dengan ibu bapanya.

Menerusi kaunseling agama yang diterimanya, dia menyedari bahawa ISIS telah memanipulasi ayat-ayat agama demi kepentingan agenda mereka sendiri.

“Hubungan saya dengan ibu bapa saya amat kukuh dan saya berpandukan nasihat mereka,” katanya.

Ibunya, Cik Rosnah (nama gelaran), 60-an tahun, berkata beliau memarahi Daniel semasa melawatnya di pusat tahanan.

“Saya kemudian mengalihkan rasa marah kepada berusaha menyokong Daniel sebaik mungkin semasa dalam tahanannya,” katanya. 

Hasil kemajuan yang dicapainya semasa dalam pemulihan, Daniel dibebaskan berdasarkan Perintah Sekatan (RO) di bawah ISA pada Januari 2022.

Dia masih dalam RO dan terus menunjukkan kemajuan dalam pemulihan dan integrasi semula. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >