Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN

Pelajar aeroangkasa ITE: Peluang guna teknologi terkini, hijau, hasil perjanjian dengan Airbus

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



Institut Pengajian Tinggi (IHL) telah berusaha gigih sejak beberapa tahun lalu untuk memastikan para pelajarnya dipersiap untuk landskap ekonomi baru, selain memupuk semangat keusahawanan. Daripada prasarana berteknologi tinggi, hinggalah kerjasama dengan sektor swasta dan pendekatan pembelajaran inovatif, pelbagai langkah telah diambil IHL di sini. Sebahagian usaha yang diambil itu telah pun mendapat perhatian industri, yang meyakini sistem pendidikan yang ditawarkan dapat menghasilkan lulusan yang berkemahiran, produktif dan berdaya saing. BERITA HARIAN meninjau dua usaha kerjasama sedemikian yang dimeterai Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik setempat.




PELAJAR Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang ingin menceburi sektor penerbangan kini berpeluang menggunakan teknologi terkini, seperti sistem penerbangan tanpa pemandu, di bawah perjanjian latihan baru antara ITE dengan pusat pengajian di luar negeri dan syarikat privet.



Antara lain, mereka akan dilatih untuk menyenggara pesawat model terbaru dan menambah kemahiran dalam teknologi bahan apa yang mampan.



ITE juga sedang merancang melancarkan program diploma yang antara lain bertujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam hal penerbangan dan membaiki kenderaan terbang tanpa pemandu.



Ini selepas ITE menandatangani tiga perjanjian dengan beberapa entiti yang dianggap mendahului industri penerbangan, termasuk syarikat gergasi aeroangkasa Airbus dan Universiti Purdue dari Amerika Syarikat.



Kerjasama ITE dengan Pusat Pengajian Teknologi Penerbangan dan Pengangkutan dari Universiti Purdue itu akan membantunya membangun keupayaan, termasuk kursus makmal dan program yang ditawarkan oleh pelatih serta peralatan yang diperlukan di dalam makmal, kata Profesor Manoj Patankar, akademik kejuruteraan dari Universiti Teknologi Penerbangan Rasbeck.



Di majlis khas bagi merasmikan perjanjian itu, di ITE Kolej Central pada 16 Februari lalu, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan berkata bahawa perjanjian itu datang pada masa perubahan dalam industri aeroangkasa dipercepatkan oleh pandemik Covid-19.



"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat banyak pengeluar pesawat menggunakan bahan struktur 'lebih hijau' untuk meningkatkan kecekapan penerbangan, mengurangkan keperluan penyelenggaraan dan mengurangkan penggunaan bahan api fosil," kata Encik Tan, yang juga merupakan Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.



Ketua eksekutif ITE, Cik Low Khah Gek berkata perjanjian itu akan membantu memperkukuh kurikulum dan latihan di institut itu seiring dengan peralatan dan proses kerja baru.



Ini berdasarkan pemerhatiannya di mana sebahagian pihak berkepentingan dalam industri telah beralih tumpuan lain seperti menambah pengangkutan muatan dan kemampanan semasa pandemik.



Dalam pada itu, di bawah perjanjian tiga tahun dengan syarikat Airbus Testia pula, pelajar ITE, antara lain dijangka boleh mendalami kaedah pemeriksaan peralatan pesawat baru.



Cik Low berkata guru dan kakitangan juga akan dapat belajar daripada penyedia perkhidmatan ujian tersebut, yang berpengalaman melaksanakan ujian automatik untuk menganalisis struktur pesawat secara lebih tepat.



Selain perjanjian dengan Testia, Airbus dan ITE juga akan bekerjasama untuk mengukuhkan program latihan penyelenggaraan pesawat dengan cara yang berdaya tahan bagi pelajar.



Kurikulum ini membolehkan ITE diiktiraf oleh Airbus untuk menyokong penyelenggaraan asas dan latihan pembaikan struktur untuk pesawat generasi akan datang, kata Cik Low. Cabaran utama bagi pengendali penerbangan dan penyelenggaraan adalah untuk mendapatkan kakitangan yang bukan sahaja boleh memastikan operasi penyelenggaraan dijalankan secara selamat dan cekap, malah untuk mengurangkan kos dan latihan tambahan yang memerlukan banyak masa kata Dr Valerie Manning, naib presiden kanan Latihan dan Operasi Penerbangan Airbus.



"Dalam tempoh 10 tahun akan datang, ratusan ribu mekanik pesawat diperlukan di seluruh dunia jadi tidak mungkin satu institusi dapat melatih mereka semua.



"Jadi bagi kami, ia adalah untuk membantu semua orang mencapai piawaian industri untuk keperluan pesawat masa depan," kata Dr Manning.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >