Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pelajar alami disforia jantina: Sekolah tawar fleksibiliti

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



JIKA terdapat sijil perubatan yang sah, sekolah boleh menawarkan fleksibiliti dan membuat persediaan praktikal bagi pelajar dengan disforia jantina dan menjalani terapi hormon, sekiranya mereka menghadapi kesukaran dengan sesetengah peraturan sekolah, kata Menteri Pendidikan, Lawrence Wong.



Menurutnya, sekolah akan berunding dan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk profesional perubatan relevan, pelajar terbabit dan ibu bapa mereka.



"Memandangkan situasi setiap pelajar adalah unik, isu ini perlu ditangani secara individu.



"Prinsip panduan kami adalah untuk menangani para pelajar ini dengan maruah dan hormat selain menawarkan seberapa banyak sokongan yang kami mampu untuk membantu mereka," katanya.



Encik Wong berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diketengah Cik He Ting Ru (GRC Sengkang), yang bertanyakan tentang dasar dan garis panduan Kementerian Pendidikan (MOE) terhadap pelajar dengan disforia jantina serta tahap autonomi yang dimiliki sekolah dalam menetapkan dasar mengenai isu itu.



Soalan tersebut diutarakan menyusuli kes seorang pelajar transgender (seseorang yang berasa identiti diri bercanggah dengan jantina di sijil kelahiran), 18 tahun, berhubung isu yang dihadapinya di sekolahnya.



Encik Wong menekankan bahawa keputusan berhubung rawatan perubatan termasuk terapi penggantian hormon, pada akhirnya bergantung pada profesional perubatan, individu dengan disforia jantina serta keluarga mereka.



Kebenaran ibu bapa diperlukan sebelum sebarang rawatan hormon boleh dilakukan terhadap mereka yang berusia 21 tahun ke bawah.



"Keputusan perubatan sedemikian di luar skop MOE atau sebarang institusi pendidikan," tekannya sambil menambah bahawa tumpuan MOE ialah terhadap sekitaran sekolah dan pelajar terbabit.



"Sekolah merupakan ruang bersama bagi kesemua pelajar tidak kira latar belakang dan keadaan," ujarnya.



Menurutnya, pihak kementerian mempunyai kewajipan terhadap setiap pelajar.



Bagi pelajar yang mempunyai disforia jantina, tumpuan utama ialah terus menawarkan mereka dengan sekitaran pembelajaran kondusif serta menyokong kesejahteraan menyeluruh mereka.



"Kami mengiktiraf isu ini adalah kompleks, dan terdapat pelbagai pendapat dalam kalangan pelajar dan ibu bapa mereka. Justeru, kami berusaha untuk menangani situasi ini dengan sensitif dan belas kasihan," ujarnya.



Beliau bagaimanapun akur bahawa satu isu sukar ialah berkaitan peraturan sekolah.



Encik Wong menambah bahawa peraturan ini bertujuan untuk membantu pelajar memupuk disiplin diri dan sikap tanggungjawab.



Namun bagi pelajar yang mengalami disforia jantina dan menjalani terapi hormon, mereka mungkin menghadapi kesukaran dengan beberapa peraturan.



Dalam pada itu, Encik Wong turut berkata beliau mengiktiraf pendapat beberapa pihak berhubung isu ini, yang telah menimbulkan perbahasan dalam talian.



"Kami mengalu-alukan dialog dan maklum balas berterusan dan berusaha untuk menawarkan sekitaran yang membantu di sekolah untuk menyokong pelajar kita secara holistik.



"Isu berkaitan identiti jantina telah menimbulkan perbalahan sehingga menjadi sumber perpecahan dalam perang budaya di beberapa negara dan masyarakat Barat.



"Kita tidak seharusnya mengimport perang budaya sedemikian ke Singapura atau membenarkan isu mengenai identiti jantina terus memecahbelahkan masyarakat," tegasnya.



Menyentuh tentang pertanyaan Cik He sama ada MOE akan menimbangkan membentangkan laporan awam mengenai isu berkaitan disforia jantina di Parlimen secara tetap, Encik Wong berkata MOE telah mendapati bahawa anggota keluarga individu, terutama ibu bapa, "amat tidak selesa" dengan mengetengahkan situasi mereka secara umum dalam kes sedemikian.



"Kita patut menghormati permintaan mereka untuk privasi dan mengelakkan daripada mengeluarkan informasi yang boleh menjejas sebarang kerahsiaan pelajar atau keluarga," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >