Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar aliran Normal raih Kepujian Kelas Pertama di SIT

Nov 19, 2019 | 05:30 AM



MELIHATNYA menyampaikan ucapan semasa majlis Anugerah Mendaki baru-baru ini dengan begitu yakin, seseorang pasti tidak akan terfikir bahawa satu ketika dulu pelajar yang fasih berbual ini mengalami cabaran semasa belajar.



Encik Hilsann Ilias Yong merupakan penerima Anugerah Cemerlang Mendaki dan Anugerah Pencapaian Akademik kerana meraih Kepujian Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Reka Bentuk Mekanikal di Institut Teknologi Singapura (SIT).



Dua bulan selepas kertas peperiksaan terakhirnya, Encik Hilsann berjaya mendapat pekerjaan dalam kejuruteraan reka bentuk di syarikat pengeluar peralatan rumah, Dyson.



Tetapi semua kejayaan itu tidak datang bergolek.



Selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Encik Hilsann yang meraih agregat 171, ditempatkan di aliran normal (akademik).



Keputusan yang memberangsangkan membolehkannya berpindah ke aliran Ekspres di menengah dua.



"Pada awalnya, saya tidak mahu kerana peralihan itu bermakna saya akan tinggalkan kawan-kawan saya.



"Lagipun di aliran Ekspres, saya takut saya akan ketinggalan," singkapnya.



Tetapi berkat kata-kata perangsang daripada keluarganya, Encik Hilsann akhirnya memilih untuk ke aliran Ekspres.



Memang tanggapannya tepat.



Persaingan di aliran tersebut lebih mencabar dan beliau adakalanya terkial-kial untuk memastikan dirinya memahami apa yang diajar guru.



Mujur pelajar yang kini 24 tahun itu, mampu ke politeknik.



Walaupun demikian, pada tahun pertama, beliau menyesal kerana mengambil jurusan yang tidak digemarinya.



Sangkanya kursus Teknologi Marin dan Lepas Pantai, sesuatu kursus yang boleh menjanjikan pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian nanti.



Tetapi ternyata tiga tahun di politeknik, merupakan masa yang paling sukar baginya.



"Saya tiada minat dengan kursus yang saya ikuti. Saya rasa saya bertuah kerana sekurang-kurangnya dapat lulus," katanya.



Bagaimanapun mujur salah satu topik yang dipelajari dalam kursus itu iaitu berkenaan kejuruteraan menarik perhatian beliau.



Ini yang membuatnya terus menceburi bidang tersebut dengan lebih mendalam semasa di SIT.



Malah bidang kejuruteraan reka bentuk mekanikal begitu diminatinya sehingga beliau berjaya menjadi pelajar terbaik kohortnya.



"Apabila kita ada arah tujuan dan minat mendalam, barulah kita dapat melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin dan meraih kejayaan," kongsinya yang menjadikan usahawan, Encik Elon Musk sebagai inspirasinya.



"Pada awalnya, saya tidak mahu (beralih ke aliran Ekspres) kerana peralihan itu bermakna saya akan tinggalkan kawan-kawan saya. Lagipun di aliran Ekspres, saya takut saya akan ketinggalan... Apabila kita ada arah tujuan dan minat mendalam, barulah kita dapat melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin dan meraih kejayaan."
- Encik Hilsann Ilias Yong penerima Anugerah Cemerlang Mendaki dan Anugerah Pencapaian Akademik kerana meraih Kepujian Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Reka Bentuk Mekanikal di Institut Teknologi Singapura (SIT).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >