Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar aLIVE tonjolkan kreativiti dengan magnet amal

Jul 29, 2018 | 12:18 PM



MANIK-MANIK bertaburan di lantai auditorium Masjid Al-Islah sambil keriangan jelas terpampang di wajah kanak-kanak yang ghairah menghasilkan kraf tangan masing-masing dalam bentuk magnet.



Sekitar 100 peserta yang terdiri daripada pelajar dan asatizah program aLIVE serta kanak-kanak daripada Kelab Rainbow Singapura terlibat dalam satu bengkel mereka dan menghasilkan magnet di Masjid Al-Islah di Punggol Field pagi tadi (29 Julai).



Magnet yang dihasilkan bakal dijual pada harga $2 setiap satu semasa Festival Masyarakat SALAM SINGAPORE yang akan diadakan September ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Bengkel tersebut sebahagian dari Pembelajaran Perkhidmatan (Service Learning) yang diadakan secara tahunan bagi pelajar aLIVE, sebuah program Muis yang menyediakan pendidikan Islam. 



Dengan tema ‘Keihsanan kepada Semua’, projek Pembelajaran Perkhidmatan tahun ini melibatkan kesemua 21,000 pelajar aLIVE dari 38 masjid dan bertujuan mengumpul dana sebanyak $50,000 bagi Kelab Rainbow.



“Kami inginkan dari projek ini agar pelajar aLIVE dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari di dalam kelas kepada dunia sebenar.



“Mempelajari nilai-nilai dan akhlak mulia - dalam kelas ia hanya merupakan konsep, tapi dalam dunia nyata, pelajar dapat mempraktikkannya secara realiti,” ujar Ustaz Mohd Khidir Abdul Rahman, penolong pengarah Pendidikan Belia dan Masyarakat, Muis.



Menurut Ustaz Khidir, antara sebab Kelab Rainbow dipilih sebagai benefisiari tahun ini ialah kerana usia pelajar aLIVE yang serupa dengan para penerima bantuan kelab tersebut. 



“Ini penting agar para pelajar kita dapat melihat bahawa ada rakan seusia dengan mereka yang mempunyai masalah yang mereka hadapi sendiri. Kami ingin mereka dapat merasakan belas ihsan... dan membantu rakan seusia mereka ini,” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >