Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar ambil keputusan GCE peringkat A dalam kumpulan kecil bagi cegah Covid-19

Feb 21, 2020 | 03:59 PM



TIDAK seperti tahun-tahun sudah di mana keputusan slip peperiksaan diagihkan di dewan sekolah, tahun ini pelajar yang kembali ke sekolah untuk menerima keputusan peperiksaan GCE peringkat A perlu mengambilnya dalam kumpulan yang kecil seperti dalam kelas.


Bagi beberapa maktab rendah juga, taklimat pengetua diberikan menerusi sistem pembesar suara sekolah.


Ini merupakan antara langkah pencegahan yang diambil sekolah setempat di tengah-tengah penularan wabak Covid-19, sedang pelajar kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka, bermula dari 3.30 petang hari ini.


Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) sebentar tadi, pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat A tahun lalu meraih kadar kelulusan terbaik sejak kurikulum itu disemak pada 2006.


Daripada 12,405 pelajar yang menduduki peperiksaan itu, 11,583 atau 93.4 peratus meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2 dan lulus Kertas Am atau Pengetahuan dan Inkuiri (KI).



“Prestasi calon kohort ini adalah sejajar dengan prestasi kohort 2018,” kata kenyataan itu.


Kadar kelulusan tersebut adalah 0.1 peratus lebih baik berbanding 93.3 peratus yang diraih kohort tahun sebelumnya. Kohort 2017 meraih kadar kelulusan 93 peratus.


Sementara itu di madrasah pula, seramai 54 pelajar menduduki peperiksaan GCE peringkat A tahun lalu, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).


Ini merupakan pelajar daripada tiga madrasah setempat - Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, Madrasah Al Maarif Al Islamiah dan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >