Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar bangga dapat jalani latihan F&B dan layani staf, pesakit

May 08, 2022 | 05:30 AM



SEJAK sekitar sebulan lalu, wajah Syabil El Nino Akif Suhaimi mungkin merupakan wajah yang biasa dilihat pesakit dan kakitangan Poliklinik Kallang yang menyediakan kopi atau makanan ringan untuk mereka.



Sibuk mengendali tugas membuat latte, cappuccino serta sandwic dan muffin yang sering laris dijual, pelajar Sekolah Assumption Pathway (APS) berusia 17 tahun itu sedang menjalani latihan vokasional sebagai pelayan bidang Makanan dan Minuman (F&B) di dalam Trak Makanan terletak di luar klinik tersebut.



Trak Makanan ini merupakan satu kerjasama antara poliklinik kendalian National Healthcare Group itu dengan APS untuk menawarkan peluang pembelajaran pengalaman bekerja kepada pelajar mereka.



Syabil, seorang pelajar tahun ke-lima APS bekerja di situ dari Rabu hingga Jumaat sebagai sebahagian kursus professional Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dan program Literasi Tempat Kerja dan Celik Angka (WPLN).



Syabil berkata, beliau sangat bangga menawarkan khidmat kepada pesakit dan staf di klinik itu.



"Saya boleh katakan diri saya ini seorang yang pemalu, tetapi apabila saya berjaya memenuhi keperluan pelanggan kami, saya rasa sangat bahagia lebih-lebih lagi apabila mereka memberi senyuman selepas mendapat makanan," kata Syabil.



Sekolah APS adalah sebuah institusi pendidikan khusus bagi pelajar yang tidak dapat mengakses atau menyelesaikan pendidikan taraf sekolah menengah.



Syabil menyertai APS setelah gagal beberapa subjek dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE dan tidak boleh melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah biasa.



Syabil menambah, beliau mendapat ilham untuk bekerja dalam industri F&B selepas menjalani latihan di restoran tahun lalu.



"Ia satu kejutan bagi saya juga, sebelum ini saya pun tak tahu, kerja dalam sektor ini sangat menarik bagi saya," kata, anak bongsu dalam keluarga dua beradik itu.



Menurut Syabil, beliau akan menjalani Perkhidmatan Negara (NS) selepas menghabiskan tempoh pembelajaran di APS dan bercita-cita menubuhkan sebuah perniagaan F&B bersama teman-temannya kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >