Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar baru poly, ITE bayar yuran lebih tinggi tahun depan

Nov 17, 2018 | 05:30 AM



PELAJAR yang memasuki politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun depan akan dikenakan yuran lebih tinggi.



Laporan The Straits Times mendapati yuran tahunan ke atas pelajar baru bagi tahun akademik 2019 akan meningkat antara 3 dengan 7 peratus.



Kenaikan yuran itu dipaparkan di laman sekolah semalam.



Penggal politeknik bermula pada April sementara penggal ITE bermula Januari dan April.



Yuran pelajar warga Singapura yang memasuki lima politeknik tahun depan ialah $2,900 berbanding $2,800 sekarang.



Yuran pengajian politeknik bagi Penduduk Tetap (PR) pula naik sebanyak $200 kepada $5,800 manakala bagi pelajar antarabangsa naik $400 kepada $10,400.



Di ITE, yuran kursus sepenuh masa Nitec naik $20 bagi warga Singapura, sementara PR akan membayar tambahan $300 dan pelajar asing pula tambahan $900.



Yuran kursus Nitec Tinggi tidak berubah.



Yuran pengajian pendidikan tinggi meningkat setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini berkata pemerintah terus memberi subsidi kos bagi pengajian politeknik dan pendidikan ITE bagi warga Singapura - masing-masing sekitar 85 peratus dan lebih 90 peratus.



Mereka juga berkata bahawa kenaikan yuran lebih tetap tetapi dalam jumlah kecil lebih baik daripada kenaikan besar dalam setahun.



Pelajar yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pejabat bantuan kewangan di institusi berkenaan.



Jumlah biasiswa pemerintah pun dinaikkan tahun lalu, dengan pelajar politeknik memperolehi hingga $2,350 setahun dan pelajar ITE hingga $1,400 setahun, bergantung pada pendapatan isi rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >