Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEKAL HARUNGI CABARAN

Pelajar belajar berdikari di tengah-tengah samudera...

May 25, 2019 | 05:30 AM



MENDENGAR laungan azan di radio ataupun melihat jarum jam berdetik menunjukkan waktu Maghrib, petanda berbuka puasa.



Namun, ia tidak semudah itu bagi Muhammad Khidir Abdul Karim, yang sedang belayar di tengah lautan.



Pemuda berusia 18 tahun itu perlu menaip maklumat relevan seperti kedudukan dan kelajuan kapal yang dinaikinya sebelum mendapat tahu bila waktunya matahari akan terbenam.



Ini semua perlu dilakukan sendiri memandangkan beliau seorang sahaja yang beragama Islam dalam seluruh kapal itu.



"Ramadan berbeza sangat kali ini. Tak ada sesiapa di sisi saya untuk melalui Ramadan bersama. Tentu sekali saya rindu suasana Ramadan di rumah, dan saya perlu mendisiplinkan diri untuk mengurus masa saya bagi solat, sahur dan iftar," kata pelajar Politeknik Singapura (SP) jurusan Pengajian Nautika itu.



Sejak tiga bulan lalu, Khidir telah belayar sebagai sebahagian daripada keperluan kursusnya dan akan hanya pulang ke Singapura kembali pada September ini.



Berkongsi pengalamannya, pelajar tahun kedua ini berkata kadangkala hatinya sayu mengenangkan keluarganya.



Manakan tidak, ini kali pertama dia berjauhan daripada keluarga pada waktu Ramadan.



"Saya mengidam macam-macam makanan! Nasi lemak, briyani, sambal goreng, asam pedas... senarainya tak henti," katanya yang mempunyai pilihan makanan seperti telur, roti bakar dan cereal di kapal.



Meskipun mencabar, pemuda ini kuatkan semangat dengan memastikan beliau meluangkan masanya dengan lebih bermakna.



"Saya gunakan waktu lapang yang ada untuk memperbaiki diri saya dari segi rohani. Saya gunakan masa itu untuk membaca Al-Quran dan mendirikan solat tarawih," kongsinya yang dihubungi ketika dalam perjalanan ke Amerika Syarikat.



Sehubungan itu, rakan sekerjanya yang lain saling menyokong dan membantu menghilangkan kerinduan yang dirasakan.



"Rakan kru lain semuanya begitu bertimbang rasa sekali dan mengambil berat tentang saya. Kapten saya juga selalu berkata, kami semua satu bangsa, orang laut," katanya.



Antara yang menyentuh hatinya adalah kadangkala, ketua tukang masaknya akan bangun lebih awal daripada biasa untuk menyiapkan makanan sahur bagi Khidir.



Sebagai seorang kadet (mereka yang sedang menjalani latihan di kapal), Khidir mengikuti seorang pegawai untuk mempelajari cara mengawas kapal atau watchkeeping, dan juga membantu dalam penyelenggaran alat keselamatan nyawa.



Beliau yang akan pulang ke pangkuan keluarga empat bulan nanti, berkata memang sukar untuk elak perasaan sedih tidak dapat beraya bersama keluarga tahun ini.



Bagaimanapun, beliau tidak mahu ia menjadikan halangan untuk menikmati pengalaman ini sepenuhnya.



"Pemandangan sewaktu pelayaran sungguh menakjubkan... apabila kegelapan malam disinari bintang-bintang di langit, keindahan itu tidak dapat dibandingkan dengan apa yang ada di darat.



"Saya akan hargai setiap hari yang berlalu," ujar anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu.



Secara keseluruhan, Khidir akan mengunjungi empat negara - China, Panama, Korea dan Amerika Syarikat.



Katanya: "Tentu sekali saya akan rindu suasana Raya tapi saya juga bersyukur kerana saya akan dapat menjejakkan kaki di Panama pada Lebaran ini. Tidak semua orang diberi peluang untuk ke luar negara sejauh ini, jadi saya amat bersyukur.



"Tambahan pula, secara kebetulan saya akan mendarat di pelabuhan pada Raya ini nanti, jadi saya berpeluang buat video call bersama keluarga dan rakan-rakan... itu satu bonus!"




"Ramadan berbeza sangat kali ini. Tak ada sesiapa di sisi saya untuk melalui Ramadan bersama. Tentu sekali saya rindu suasana Ramadan di rumah, dan saya perlu mendisiplinkan diri untuk mengurus masa saya bagi solat, sahur dan iftar... saya mengidam macam-macam makanan! Nasi lemak, briyani, sambal goreng, asam pedas... senarainya tak henti."
– Khidir Abdul Karim, pelajar Politeknik Singapura (SP) jurusan Pengajian Nautika. Pelayaran yang sedang dilalui merupakan sebahagian daripada keperluan pengajiannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >