Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar berjinak-jinak 'berkebun'

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI sebahagian daripada aktiviti kokurikulum (CCA) berkebun sekolah, Urban Farmers, Muhammad Dinie Nifail Mohamed Azri pernah menanam pelbagai tanaman yang boleh dimakan.



Daripada sayur-sayuran tempatan ke buah-buahan, Dinie dan rakan-rakan daripada CCA tersebut pernah melakukannya semua.



Tahun ini, Dinie merupakan salah seorang daripada 12 pelajar dari Sekolah Menengah Spectra untuk menyertai Pertandingan Edibles Taman Masyarakat yang dianjurkan oleh Pesta Taman Singapura (SGF).



Dalam satu wawancara melalui e-mel, Dinie berkata beliau minat berkebun berputik sejak menyertai CCA Urban Farmers tahun lalu.



Didorong oleh gurunya untuk menyertai pertandingan itu, Dinie terdorong menyahut cabaran tersebut.



"Saya sebenarnya ingin cuba menyertai pertandingan ini kerana saya ingin lihat sekiranya saya mempunyai bakat memenangi pertandingan ini.



"Saya ingin cabar diri sendiri untuk menanam dan menghasilkan buah tembikai yang terbesar," jelas Dinie, yang berusia 14 tahun.



"Pada masa yang sama, saya ingin mengasah kemahiran berkebun saya supaya saya dapat menanam lebih banyak buah-buahan pada masa akan datang."



Meskipun mempunyai cita-cita yang tinggi, pelajar menengah dua itu berkata terdapat pelbagai cabaran sepanjang hampir tiga bulan menanam buah tembikai itu.



Disebabkan Taman Pembelajaran Edible kumpulan Urban Farmers sekolah Dinie terletak di atas bumbung sekolah untuk pertanian berasaskan tanah, beliau dan rakan-rakannya terdedah kepada pelbagai keadaan cuaca.



Ini termasuk cuaca panas terik dan hujan lebat.



"Untuk mengatasi cabaran ini, kami cuba bekerja dengan pantas.



"Jika bekerja di bawah matahari, saya akan pakai topi jerami untuk melindungi diri daripada matahari



"Namun, apabila hujan, agak bagus kerana saya tidak perlu siram air untuk tanaman saya," jelasnya sambil menambah bahawa beliau juga meletakkan baja untuk membantu tanaman membesar dan melindungi akar tanamannya.



Untuk menanam melon itu, Dinie telah mengambil hampir tiga bulan sebelum ia dipamerkan di ION Orchard bagi orang awam untuk lihat.



Ketabahannya menjaga tanaman selama ini akhirnya membuahkan hasil yang baik ketika beliau menangi tempat kedua bagi kategori Melon terbaik pada 1.47 kilogram.



"Apabila saya dibawa ke ION Orchard, saya telah lihat nama saya dan rakan saya dipamerkan dan terkejut.



"Saya tidak percaya yang saya menang sebenarnya.



"Guru-guru dan rakan-rakan saya banyak memberi saya semangat untuk memastikan bahawa buah itu dijaga dengan baik," ujarnya.



Ditanya sekiranya beliau akan menyertai pertandingan ini tahun hadapan Dinie berkata:



"Sudah tentu!



"Saya akan cuba untuk memperbaiki kesalahan saya dan cuba untuk menghasilkan buah tembikai yang lebih besar nanti."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >