Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar bukan Cina dalam sekolah tradisi kuat Cina

Feb 20, 2017 | 12:42 PM



ISU bahawa pelajar Cina di sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP), ditubuhkan kira-kira 35 tahun lalu, mempunyai sedikit atau tiada kawan daripada kaum lain sering diketengahkan.



Ini juga telah dibincangkan di sekolah bukan SAP lain yang mempunyai tradisi Cina yang kuat, seperti maktab rendah Hwa Chong Institution, yang terbuka kepada pelajar dari semua kaum dan biasanya tidak memerlukan mereka mengambil Cina sebagai bahasa ibunda.



Seawal 1990-an, ketua kolej Bahasa Inggeris sekolah itu berkata, beberapa pelajar bukan Cina tidak memilih Hwa Chong kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa ia berorientasi Cina.



"Ini adalah satu (lingkaran). Jika pelajar minoriti tidak datang, mereka tidak akan dapat menjelaskan apa yang kami tawarkan dan imej itu akan kekal, betul atau salah," katanya.



Akhbar The Straits Times difahamkan terdapat tidak sampai 10 pelajar India dan Melayu dalam kohort wa Chong Institution daripada sekitar 1,000 pelajar, di sebalik usaha pihak sekolah menarik lebih ramai pelajar.



Di Maktab Rendah Nanyang, terdapat kira-kira 50 hingga 100 pelajar bukan Cina dalam kohort JC2 sekitar 700 pelajar.



ST menemui bercakap beberapa pelajar bukan Cina di sekolah-sekolah tersebut tentang pengalaman mereka.



Antaranya ialah Encik Shaik Nifael Shaik Nazeemuddin. Beliau menangis apabila mendapat tahu dalam 2003 bahawa beliau ditempatkan ke Sekolah Tinggi Nan Chiau, antara sekolah Cina tertua di Singapura.



Ia bukan kerana ia merupakan sekolah pilihannya yang keempat, tetapi nama sekolah itu seirama dengan perkataan Hokkien tertentu.



"Sepupu sulung saya mengusik saya mengenainya, dan saya tidak boleh tahan sebagai budak 12 tahun," kata Encik Shaik, kini 27 tahun, pemilik bersama perniagaan pengurusan sisa.



Nama sekolah itu, Nanyang, merujuk kawasan di selatan China yang berpengaruh selama berabad-abad.



Dan ahli-ahli jawatankuasa pengurusan Maktab Rendah Nanyang semuanya Cina.



Tetapi sekolah berakar umbi Cina di Serangoon ini tidak menghalang Cik Nur Fazlina Arzami, 22 tahun, kini mahasiswa sosiologi Universiti Nasional Singapura (NUS), memilih belajar di situ selepas Sekolah Menengah Tanjong Katong pada 2011.



Beliau berkata daripada nama sekolah dan lokasi sahaja, beliau tahu ia tidak akan menjadi seperti sekolah yang ada ramai pelajar Melayu.



"Daripada pergi ke JC lain yang ada banyak bekas rakan sekolah saya, saya mahu cuba buat kawan baru," katanya.



Menurutnya, ramai rakan sekolah di situ memberitahunya bahawa beliau merupakan kawan Melayu pertama mereka.



Beliau dapati antara sebabnya ialah kebanyak mereka adalah daripada sekolah SAP.



Cik Fazlina berkata persahabatan terbina secara semula jadi semasa interaksi dalam aktiviti kelas dan kokurikulum.



Beliau melihat ini sebagai peluang bagi kededua pihak mengetahui lebih lanjut mengenai budaya masing-masing.



"Rakan-rakan bukan Islam saya telah menjadi biasa dengan rutin saya, seperti saya solat secara tetap. Apabila kami keluar dan saya perlu solat, mereka tunggu saya. Ia sangat selesa.



"Kadang-kadang, mereka memanggil saya 'almari Cina', yang agak bermasalah kerana ia menunjukkan bahawa kita masih mempunyai pandangan stereotaip tentang Melayu atau Cina," kata beliau.



Seorang lagi ialah Encik Tinesh Indrarajah.



Semasa menuntut di tahun pertama di Hwa Chong Institution pada 2011, seorang pengunjung sekolah hairan apabila mereka bertemu dan bertanya kenapa kenapa beliau, seorang lelaki India, belajar di skolah itu.



Encik Indrarajah, kini 23 tahun dan pelajar sarjana di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan juga mahasiswa tahun empat di Yale-NUS College, berkata ia adalah sekolah baik dan beliau mendapat tempat belajar di situ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >