Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Pelajar cadang konsep baru bagi bangunan ROM

Sep 17, 2019 | 12:28 PM

PELAJAR dari Politeknik Ngee Ann, Politeknik Temasek dan Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura telah melahirkan idea untuk momodenkan bangunan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).

Walaupun lokasinya yang amat indah, bangunan itu dilihat sebagai lama dan kurang unsur cinta.

Cadangan mereka adalah untuk mengubah bilik pernikahan dengan mengunakan cahaya semula jadi, dan mencantikkan ruang menunggu dengan sebuah taman.

140 pelajar daripada tiga institusi tinggi itu mengambil projek mereka semula bangunan ikonik, yang akan melalui kerja-kerja pengubahsuaian di pertengahan tahun depan.

Tinjauan pelajar ini mendapati bahawa pengunjung dan pasangan mempelai sering rasakan bahawa bangunan ini seperti sebuah poliklinik.

Ini disebabkan sistem tiket ROM, yang seakan dengan polikinik di mana tiba saja di sana, pasangan mengambil tiket dan menunggu nombor mereka untuk tertera di skrin.

“Ia rasa seperti poliklinik sekarang, dengan kerusi plastik diatur dalam satu garisan,” kata Cik Tanya Lim, pelajar tahun ketiga di Politeknik Ngee Ann.

Beliau juga ingin menggunakan cahaya semula jadi dalam bilik pernikahan.

Encik Jared De Souza, pelajar tahun kedua seni bina dalaman dan reka bentuk di Politeknik Temasek, menerapkan kehijauan dalam desainnya.

Sekumpulan pelajar daripada SUTD berharap dapat memanfaatkan teknologi agar proses pernikahan lebih cekap dan boleh dinikmati.

Tujuh pelajar itu menembual 300 milenial dan 50 pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan malum balas mereka tentang bangunan ROM.

Antara pendapat yang sering dikatakan adalah tempat itu “terlalu sistematik dan steril”.

Dengan tajuk projek mereka #EngagetheEngaged, mereka ingin menampilkan lobi dengan konsep terbuka.

Panel digital dengan maklumat relevan untuk pasangan seperti bagaimana untuk membeli flat BTO serta pakej bulan madu akan dipasang, menggantikan kerusi di ruang menunggu, di mana pasangan sekadar menunggu untuk giliran mereka.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga berkata bahawa mereka akan mengkaji pelan pelajar untuk melihat bagaimana mereka boleh menerapkan unsur-unsur itu kepada pelan pengubahsuaian.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian