Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pelajar dari keluarga cerai dapat sokongan sekolah: Maliki

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH di Singapura memantau kesejahteraan pelajar yang terjejas dengan perceraian dan isu lain, dan memberi sokongan kepada pelajar yang memerlukannya, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman semalam.



Apabila sekolah mendapat tahu perubahan status perkahwinan ibu bapa, guru akan memeriksa keadaan pelajar dan menilai sokongan yang diperlukan, katanya di Parlimen.



"Sedang perkembangan tentang maklumat perkahwinan adalah berdasarkan pendedahan secara sukarela oleh ibu bapa kepada sekolah, guru akan memantau perubahan terhadap sikap pelajar dan mengambil tindakan susulan dengan pelajar ini, dan ibu bapa mereka jika ada sesuatu yang menimbulkan keprihatinan," kata Dr Maliki.



Dr Maliki berkata demikian semasa menjawab soalan Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) mengenai sokongan kepada pelajar daripada keluarga yang melalui perceraian, serta adakah guru diberitahu tentang situasi yang dihadapi pelajar.



Dalam ucapannya, Dr Maliki berkata pelajar yang menunjukkan tekanan emosi atau perubahan sikap, atau jika terdapat keperluan bagi kaunseling, kaunselor serta pegawai kebajikan pelajar di sekolah akan menyediakan kaunseling secara individu atau program berkumpulan untuk pelajar.



Mereka juga boleh membuat rujukan kepada agensi masyarakat seperti Pusat Khidmat Keluarga dan Kumpulan Bantu Diri untuk menyediakan sokongan menyeluruh kepada pelajar dan keluarga mereka.



Pelajar yang memerlukan sokongan kewangan boleh memohon Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memenuhi perbelanjaan penting sekolah seperti yuran sekolah, buku sekolah, dan seragam sekolah, serta subsidi pengangkutan dan makanan.



Terdapat juga bantuan kewangan di sekolah yang menyediakan sokongan tambahan kepada pelajar yang memerlukannya, kata Dr Maliki.



Satu kajian yang dijalankan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) baru-baru ini menunjukkan anak dalam keluarga yang bercerai menghadapi kesan perceraian jangka panjang dalam kehidupan dewasa mereka, termasuk dari segi ekonomi dan perkahwinan.



Kajian itu menunjukkan anak yang ibu bapa mereka bercerai kurang kemungkinan memperolehi ijazah sarjana muda, meraih pendapatan lebih rendah dan mempunyai simpanan lebih rendah dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) berbanding anak dalam keluarga tidak bercerai.



Dr Maliki menekankan semalam terdapat juga pelajar daripada keluarga bercerai yang menunjukkan prestasi baik, dan perkara ini boleh dikaji dengan lebih mendalam lagi.



Menjawab soalan Cik Cheng apakah maklumat tentang status perkahwinan ibu bapa pelajar dialihkan dari sekolah rendah ke menengah, Dr Maliki berkata ada manfaatnya bagi langkah tersebut untuk terus memberi sokongan kepada pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >